Ahad, 12 Jun 2011

::menuju ke arah merealisasikan akademi dakwah::


em...rupenyer aku dah masuk era yang agak moden la.zaman ini dikenali zaman cyber, zaman IT, zaman teknologi, and zaman yang sekutu dengannya.apepun, ISLAM masih relevan untuk masakini, akan datang dan selamanya.so, perlu kita mencorakkan kehidupan kita selari dengan ISLAM kerana hanya ISLAM lah dapat menjadikan kita manusia yang hebat, rendah diri, mengenal siapa pencipta, dari mana kita datang dan ke mana penghujung kehidupan manusia dan makhluk di BUMI ALLAH ini.misi jangka masa panjang ialah ''membentuk jiwa dan peribadi muslim"

apa yang aku terfikir,camne kita nak sebarkan ISLAM dengan cara yang berkesan dan diterima ramai. dalam aku berfikir tadi,timbul idea setelah melayari beberapa laman sesawang.besenye orang tua kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. dalam hadis nabi Muhammad SAW : “Ajarkanlah anak kamu bersolat pada usia 7 tahun, pukul andai masing enggan bersolat tatkala berusia 10 tahun, dan pisahkan pertiduran mereka” [Hadith Riwayat Abu Daud].kiranya didikan semasa kecil sangat berkesan.


so,aku terfikir untuk wat beberapa MODUL untuk menjalankan sesi DAKWAH ialah :

1.akademi hasan al-banna iaitu yang lebih menekankan soal kerohanian dan dakwah
2.akademi al-fatih iaitu yang lebih menekankan soal strategi dan berfikir berlandaskan islam
3.akademi salahuddin al-ayubi iaitu lebih menekankan soal keberanian dan keyakinan diri
4.akademi quran iaitu cam yang korg tengok dalam tv gak.tapi aplikasikan dalam kehidupan dan jadikan makanan harian untuk rohani,mesti hari2 ok.

justeru itu,modul2 untuk akademi ini aku akan bersungguh-sungguh untuk menjayakannya dan sasaran aku adalah keluarga, sahabat handai, generasi sekitar dan generasi di bawah aku.besenye aku akan berbakti di sekolah la...doakan semoga ia dapat direalisasikan secepat mungkin supaya usaha dakwah ini berkembang dan menjadi budaya kita.


ISLAM is THE BEST!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...