Sabtu, 30 Julai 2011

CinTa Kami IsLamik la.salah ke?

couple islamik
[ simple sharing post. it worth to read ]


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad.

Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri sendiri terutamanya....wallahualam


jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga akhlak, jaga iman
~ may allah bless ~


Selasa, 26 Julai 2011

bak kut teh dan arak halal ditemui

em, maybe de yg dah tau and belom tau


bak kut teh halal?dalam versi ala2 maggi plak?biar betol ni.korg tau tak bak kut teh tu pe?mudah cite sup daging babi, makanan feveret cina.so, kekeliruan dalam hal ni la yg memusykilkan aku.persoalannya adalah : 


pertama : kenapa ianya diletakkan di rak makanan halal?
kedua : bagaimana boleh lepas logo halal plak?
ketiga : kenapa hanya keluaran pertama shaja yg ada logo halal?tidak pada keluaran kedua dan seterusnya?adakah tidak mendapat kelulusan selepas disemak semula?
keempat : tidak dipanggil bak kut teh jika tiada babi.maka, apa yg halalnya dgn makanan ini?


perhatikan bak kut teh di sebelah kanan.2 bak kut teh yg berbeza.1ada logo halal, dan 1lagi tiada
bak kut teh klang antara yg popular di Malaysia.haram tetap haram

haha....camne plak dgn arak halal plak ni?bukan la nak kategorikan sbgai arak, tapi jenis air perahan buah la. papepun, aku tetap musykil dgn air ni.benar2 halal ke?adoyai....aku mendapat maklumat ini sendiri.maaf la klo xsohih, tapi try siasat blek.trun sendiri ke kedai2 and lihat sendiri.


jgn xtau plak, kategori air ini juga disusun berdekatan dan berhampiran dgn air arak sebenar spt guiness, tiger, special brew dan lain2.air ini ada tiga jenis yg aku jumpa.maybe de lagi di luar sana yg bersifat syubhah.air tersebut biasanya digunakan di dalam majlis2 formal seperti majlis makan malam askar, majlis makan malam VVIP, majlis perkahwinan (biasanya orang putih and orang cina).ada gak logo halal, tapi bukan daripada JAKIM. aku pn xsure la,ianya myb logo halal daripada badan2 NGO atau luar negara


jenis air yang agak menimbulkan keraguan hingga kini : 
1) air sparkling
2) air premier salute
3) air moonlight
4) air malta


sory la gambar xclear

 cop halal dari Malaysia or NGO lain?

maybe banyak lagi air "ala-ala arak" di jual di Malaysia.air malta ini tiada cop halal dan gak dikatekan dikeluarkan oleh kilang arak

dalam hadis nabi : sesungguhnya yg halal sangat jelas, dan yg haram itu juga sangat jelas.dan di antara keduanya ada benda yg meragukan".

yg haram tetap haram, so, selamanya babi dan arak xboleh di makan. hatta anda menjaga babi seperti seekor kucing, dgn samak dan mengucapkan syahadah kepadanya.selamanya haram.haha...mencari yg halal itu wajib bagi semua umat islam.pastikan anda semak de logo halal or tak be4 beli sesuatu.kira ia merupakan sirim makanan untuk umat islam la.hehe....selamat membeli belah ye~

Jumaat, 22 Julai 2011

Ning Baizura kini separuh bogel

>>BETOL KE NING BAIZURA ADA KONTROVESI BARU2 INI DGN  COVER ALBUM BARUNYA?<<

pertama2nya, aku ucapkan tahniah ke atas Ning Baizura kerana berjaya menerbitkan album barunya yang bertajuk DEWA. ini merupakan Album yang ke12 NING yang diterbitkan sendiri oleh NING bersama Komposer Audi Mok menerusi gabungan Syarikat mereka berdua iaitu Happenings dan Satu Entertainment dimana Album ini akan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.
album Ning ke-12 : Dewa.jgn tenung lama2,aurat tuh.haha
haha...aku bukanlah nak bercerita ttg dunia artis dan muzik coz aku xberapa minta sangat. apepun, aku ucapkan tahniah dan takziah kepada artis ini.kenapa aku ucap takziah?mungkin sebahagian golongan yg mengerti tentang selok belok agama akan bercakap2 tentang album Ning yang semakin seksi dan menggila ini.dikatakan bahawa kini Ning Baizura sudah berani mempamerkan gambar SEPARUH BOGEL sebagai pelaris?adakah ini sebahagian drpd tarikan supaya peminatnya kembali bersorak untuknya.

suaminya omputih dah, Omar Sharif Christopher Layton Dalton.lagak bila menyanyi di atas pentas cukup mengghairahkan.alahai ning.aku ni bingung la,anda ni agama apa? tak tau ke yang ko terloncat sane sini, dedah sane sini tu adalah dosa.aku risau kalo de yang dah tak tahan tengok ko, terus terkam ko je.

ketika majlis pelancaran, ning menggunakan rakan2 yg berotot besar utk menemaninya.kalah otot aku 

Ning Baizura, diva Malaysia kononnya.bertaubatlah.jangan perluaskan dosa anda.ikutlah jejak langkah rakan artis anda spt irma hasmie, wardina, raja Azura(dengar2 cite) dan lain2 yang kini sedar bahawa menutup aurat adalah satu kewajiban.tak nak berubah secara drastik, berubah la secara berperingkat2 ok.kami sume rakyat malaysia sentiasa doakan ko supaya cepat2 dapat hidayah Allah.



INGAT,DI DUNIA INI SEKSI TAPI DI AKHIRAT AMATLAH SEKSA.BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT

Selasa, 19 Julai 2011

tlg sampaikan salam dari seluruh rakyat malaysia kepada pope benedict

salam perpaduan dari rakyat malaysia
((Pertemuan DS Najib-Pope benedict))
mungkin pertemuan ini termasuk dalam hari2 yang perlu diingati iaitu rombongan seramai 365 rakyat Malaysia beragama Kristian, termasuk pemimpin katolik Malaysia Murphy Nicholas Xavier Pakiam telah menandatangani sepucuk surat kepada Pope Benedict XVI, bagi mengadu tindakan keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.kunjungan berlangsung selama 2hari.


kenal dgn pope benedict ke tak?de kaitan tak pope dgn freemason?huhu... die la antara ketua yg mencipta segala konspirasi demi konspirasi global untuk menghancurkan islam seluruhnya.so, ianya sangat menjadi persoalan kepada aku dan juga mungkin kepada seluruh umat islam di dunia, kenapa DS Najib jumpa dgn ketua konspirasi yg ingin menjatuhkan islam.adakah DS Najib tak tau or sengaja buat2 tak tau tentang latar belakang pope?baca link ni dulu untuk tahu lebih lanjut http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz1SZ8SfIY5



hairan sungguh, kenapa DS najib berjumpa dgn Pope Benedict XIV yg duduk di Vatican City? isu umat islam banyak yg belum selesai lagi.beliau seolah2 terdesak dan mendahulukan paderi daripada ulama Islam yg banyak di muka bumi ALLAH ni? itu yg mendapat liputan,camne plak perjumpaan DS Najib-Pope yg xdpat liputan.ade or tak agaknya?astagfirullah....jgn reka cite.dosa2.


em....kenapa beliau beriya-iya sangat nak jumpe dgn pope? jgn kata beliau takut nak jumpe dgn ulama kerana bayang2 sendiri.dah 2kali Vatican City menerima rombongan dari Malaysia.pertama oleh Tun Mahathir pada jun 2002 dan skrg ni pula oleh DS Najib.kenapa DS Najib tidak membawa penasihat agama jika benar2 ingin membincangkan hal berkaitan dengan perpaduan dan keagamaan. DS Najib kurang autoriti dalam berbincang panjang lebar bab agama kerana beliau tiada kepakaran

video pertemuan DS Najib dgn Pope

aku bukan nak selitkan isu berbaur politik krana aku bukan orang yg suke dgn dunia politik.aku pandang dari sudut dunia islam.berikan alasan yg kukuh yg menunjukkan pertemuan dgn pope mendatangkan hasil dalam dunia islam terutamanya di Malaysia sekarang ini? xkan la DS Najib nak meraih undi golongan kristian setelah trutama di Sabah dan Serawak yg mana setelah perhimpunan Bersih2.0, mereka mula menolak kerajaan dan utusan malaysia kerana menjadi batu api dalam isu keagamaan.


kenapa tidak dilaksanakan sahaja sistem islam seluruhnya, berpolitik cara islam, majukan institusi agama.rakyat Malaysia semakin jauh dari agama dan semakin hancur lebur akhlaknya. dah la akidah umat islam di Malaysia pun semakin celaru.segolongan manusia berpendapat,  munculnya slogan 1Malaysia menyebabkan agama di Malaysia ini diresapi akidah pluralisme.ye la, sumenya nak disamaratakan, hingga bab agama pun nak bgi smarata.kes nak semaikan budaya raya cam "Depa Raya" and "Qong Xi Raya".adoi...sudah la plak.klo setakat makan2 tu, ok la.ni plak makin menjadi2, budaya raya agama len pun nak ikut, time doa pun ikut doa. bahayanya. melibatkan akidah tu.oh pluralisme di malaysia.huhu...


sampai di sini je la.papepun, tingkatkan ilmu, ibadah, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. sentiasalah berdamping dgn ulama2 dan abid.semoga mendapat tempias kebaikan drpd mereka. 


"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka".(baqarah:120)


>>islam is the best solution<<


Laporan MerdekaReview : 
Bagi mengekalkan kuasa pemerintahan BN, Najib dipaksa bergerak ke seluruh dunia bagi membuktikan BN masih mampu kekal memerintah.  Dan tindakannya juga bertemu dengan tokoh Agama adalah langkah bagi memberikan keyakinan dan psikologi bagi membina sokongan terhadap BN menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang semakin hampir berikutan kebangkitan rakyat pelbagai kaum dan Agama baru-baru ini yang menuntut satu sistem Pilihanraya di Malaysia yang telus dan terbaik.  Kami juga melihat, Najib tidak layak untuk bercakap soal perpaduan dan Agama dengan Pope Benedict kerana pada hakikatnya beliaulah yang bertanggungjawab dalam perpecahan yang berlaku di Malaysia sekarang.



rujukan : http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12101

Jumaat, 15 Julai 2011

betol ke aDa Something WroNg DeNgaN AkSaR??

wah....semakin rancak dan mendapat sambutan bidang askar di mata rakyat masakini.klo korg nak tau,skrg ni artis pn dh ramai yg join askar.demi membela negara!!kate dorg la.antara artis yg join adalah Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat.
tabik la artis masuk askar.siti ketua dorang.papepun, korg tu tetap junior aku sebab masuk lambat.haha
tapi sebenarnya,bkn dorg yg aku nak cite.aku nak cite ttg kepelikan dalam format latihan askar.juz heran dgn keadaan latihan askar melayu.pe yg aku sampaikan ni,juz kepelikan y dah lame terpendam di benak otak aku.antara kemusykilan dalam askar yg bakal aku sampaikan ini, yg mana kita tahu kita dilatih oleh askar british yg sememangnya membenci islam, latihan askarnya umpama menjauhi segala sunnah2 nabi dan latihan tentera islam pada zaman nabi


tingginya.ni hentak kaki tahap dewa nih
contoh 1 :
dalam arahan yg diberi.cube korg perhatikan.
"BARIS.....BARIS.....SEDIA!!"
"BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA,KE KIRI.....PUSING!!"
"DARI KIRI,CEPAT JALAN"


cube korang perhatikan arahan baris yg ketiga.nampak ape2 yg musykil tak?mesti la xde, sbb korg xmasuk askar.hehe....ikut pandangan aku,ISLAM mementingkan mendahului kanan daripada kiri kerana ianya adalah sunnah nabi.tapi kita dilatih untuk mendahului kiri dari kanan.so, bayangkanlah jika kita sentiasa mendahului kanan dari kiri pada setiap latihan askar, akan sentiasa dapat pahala mengamalkan sunnah nabi dan dekat rasenya dgn nabi.huhu


oh tidak.pe benda ni.aku sanggup pose untuk hari tersebut
contoh 2 :
bila tiba time makan.after kitorg dapat hukuman senang diri.org yg akan amek baris akan cakap dalam skrip yg slalu aku dgr
"baiklah.sebelum korg semua dilepaskan untuk makan, aku nak tengok dulu sudu dan garfu.ade ke tak??!!sape yg takde,cam bese, amek skuad jump 50kali,paham?!!"


hehe...de yg tak kene ke ngn arahan tu?mesti korg dah start mula pasan kan?ttg gaya makan la.amalan tentera british, mereka sentiasa inginkan tentera2 yg dorg latih jauh dari ajaran ISLAM iaitu makan mesti guna sudu dan garfu,bukannya makan guna tangan cam sunnah nabi.aku pun tertanya2 time awal2 masuk,tak bese betol la ikut budaya british ni.tapi aku mula membiasakan diri la setelah 1tahun aku join askar nih.klo nak tau, ikut adab protokol budaya makan di majlis golongan mereka, ada yg makan guna sudu dan garfu.ada sesetengah majlis lain plak, makan protokol dorg adalahl makan dan minum sambil berdiri tanpa disediakan kerusi dan meja.yg ada hanyalah meja buffet dan waiter yg sentiasa berjalan2.pada pandangan dorg, itulah manusia yg bertamadun.bagi aku,itulah manusia yg xde sopan dan adab.hehe


gambar hiasan
contoh 3 : 
before aku cite,yg ade pangkat, jgn marah dgn aku plak.hehe...bab pakaian lak,de sumber katekan pingat "V" yg dapat tu cam lans koperal, koperal, sarjan, dan sebagainya adalah lambang "cantus" warisan "knight templer".ahh....sudah.mesti korg xpaham kan?ini adalah percaturan golongan intelligent group untuk memanipulasi dan mendominasi ideologi askar-askar sedunia.mereka cube dan berusaha untuk mencatur supaya askar2 di dunia ini akan berkhidmat dan bekerja untuk "Paus" dalam keadaan xsedar.hinggakan mejadikan askar ini sebagai satu kerjaya untuk mengejar pangkat semata2 dan bukannya untuk mencapai matlamat yg sebenar.mengejar pangkat dan menggunakannya adalah satu kepuasan pada pandangan mereka. sampai satu tahap, pejuang2 kemerdekaan dulu bukanlah mati syahid ttapi mati katak kerana pada awal2nya sudah pun lari dari matlamat asal.(bab niat).klo kita niat untuk mempertahankan agama dan sebenar2 jihad, insyallah syahid.tapi pejuang dahulu bukanlah mempertahankan agama, tapi sekadar tidak mahu dijajah kerana xmahu kepentingan mereka ketika itu terjejas dan dikacau.itu kate sumber yg aku bacalah.aku pun mendoakan pejuang kemerdekaan mati syahid,insyaallah.em...cube baca sumber ini untuk lebih paham 
http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz1S8lzyIi7


arak ke tu?
contoh 4 : 
bab yg ini aku gentar sikit nak ulas.aku xbanyak maklumat dan temubual yg aku buat pun xramai.tapi aku berkata berdasarkan fakta.temuramah yg aku wat daripada beberapa askar pencen.tentang arak dan askar?betol ke kisah ni.hehe....agak hot dan panas bagi yg betol2 jiwa askar.apepun, aku akan dedahkan hal ini semoga kita sesama orang islam amek iktibar.actually, dulu2 dorang ni pun wat operasi gak.then, kadang2 hujung minggu, dorang akan keluar dan cari arak.untuk enjoy la...dalam islam, arak ni kunci atau ibu kepada maksiat.em,klo dah sampai mabuk, paham2 jela jadi ape lepas tu.majlis makan malam plak, kat meja dorang, dulu pun arak gak.yela,korg bayangkan, askar melayu kan anak didikan britis.so, camtu la didikannya.tapi skg ni dah tukar dah.bukan arak.


so, skg ni setelah penubuhan unit agama iaitu KAGAT ( kor agama angkatan tentera ), bab masalah2 agama semakin ok la daripada dulu wpun de benda2 yg dah sebati dengan askar.solat pun dah semakin terjaga berbanding dulu.so,camne nak dapat mati syahid jika terkorban dalam wat operasi dalam keadaan minum arak, niat perjuangan xbetul dll.


Lastly : 
tapi, aku bukan nak kritik sume yg ada pada askar kerana aku sendiri pun askar.aku sangat sanjung kerjaya askar dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.kerana hasil titik peluh merekalah kita mengecapi keamanan hari ini.pada zaman nabi dan para sahabat pun, antara kehebatan islam yg dihormati dan disegani oleh dunia adalah ketenteraan yg berakhlak dan bijak dalam mengatur strategi dalam menjaga wilayah jajahan mereka.sampai 2per3 dunia islam takluk dunia ketika itu.memang hebat!!anyway, islam is the best and islam is the way of life.i love islam.cukup la sampai sini ye :)


Cadangan dan perubahan dalam askar yg lebih islamic bakal menyusul.kita bakal lahirkan saidina umar abad ke21, sultan alfateh moden, dan salahudin al-ayubi ke2.strategi yg hebat bukanlah penentu 100% kepada keberjayaan sesuatu misi jika tiada roh atau semangant daripada pelakunya.apa yang bakal diubah dan ditambah,nantikanlah ye.hehe...


askar mestilah bekerjasama.ingatlah, prinsip askar iaitu 1arahan 1perbuatan.hehe

Ahad, 10 Julai 2011

DuriaN oh DuRiaN

DaLaM kEtE : 
aku  : abah,td pegi tanjong,tgk kat cne,de jualan durian murah2 skrg
abah: murah camne?
aku  : de yg jual 7-8biji rm10.kira murah la tu
abah: kita xleh beli klo faezah ade kat rumah.die mengandung.
aku  : padan muke.haha....mujur skg ni xde kaki durian.ni yg best ni.puas aku.haha
abah: ko pandai pilih durian ke?
aku  : boleh la.klo xtau pn,soh org tu belah kat sne je
abah: ye la
aku  : sini xd jual durian yg isinya merah ke?
abah: tu durian yg kt sarawak je kot
aku  : patot la.


ni la durian merah yg aku ckpkn tuh
sedapnya

pesanan kpd yg mengandung,xleh makan durian.bahaya ok 


KHASIATNYA:
BUAH : untuk mencegah dari extensic aging (faktor penuaan dari luar) meningkatkan tekanan darah(zat besi),buah dan akarnya berkhasiat untuk mengatasi bengkak, penyakit kulit, dan penyakit kuning.

KULIT : dapat digunakan sebagai ubat pengusir nyamuk, untuk mengubati ruam pada kulit (sakit kurap) dan susah buang air besar (sembelit). Kulit buah ini pun biasa dibakar dan abunya digunakan dalam ramuan untuk melancarkan haid. Selain itu kulit durian dapat dipakai sebagai bahan abu gosok yang bagus, dengan cara dijemur sampai kering dan dibakar sampai hancur.

DAUN : Air seduhan daun durian di Malaysia digunakan sebagai antipiretik (pereda demam). Deskripsi tentang khasiat durian itu tercatat dalam kumpulan tulisan Burkill dan Haniff tahun 1930. Caranya, jus daunnya ditempelkan di dahi atau air rebusan daunnya diminum. Selain itu, ekstrak daun,

Di Jawa, durian diyakini memiliki kualiti sebagai afrodisiak. Di beberapa negara di Asia, durian dipercaya memiliki properti yang menyebabkan keluarnya banyak peluh. Pengidap tekanan darah tinggi dan wanita hamil digalakkan untuk tidak makan durian karenanya.

Pada abad ke-18 Rumphius menyarankan untuk tidak minum alkohol sehabis makan durian karena bisa menyebabkan napas berbau dan gangguan cerna. Pada tahun 1981 J.R. Croft menulis dalam Bombacaceae: In Handbooks of the Flora of Papua New Guinea, rasa tidak nyaman atau sakit terjadi jika makan durian dan minum alkohol secara berdekatan.

KANDUNGAN GIZI:
Sodium, karbohidrat, serat, protein, kalsium, fosfor, karoten, potasium, zat besi, vitamin c, thiamin, niacin, riboflavin.“Gaya Hidup Sehat no 398/2-8 Maret 2007?.Setiap 100 g salut biji mengandung 67 g air, 28,3 g karbohidrat, 2,5 g lemak, 2,5 g protein, 1,4 g serat; serta memiliki nilai energi sebesar 520 kj. Durian juga banyak mengandung vitamin B1, B2, dan vitamin C; serta kalium, kalsium, dan fosfor.

Jumaat, 8 Julai 2011

CeRiTa TenTaNG MasJiD


>KeLeBiHaN 3BuaH MaSjiD<
masjid an-nabawi

TePi PaRiT KG Aku
mono : wei,aku pelik la ko ni.susah betul nk g masjid.apsal?
moni  : aku xde mtor.
mono : kaki kan ade
moni  : kaki aku bengkak,xleh jalan
mono : suruh la org antakan
moni  : xde org sudi antakan
mono : ko ni,cepuk gak kang.sume negatif yg ko jawab
moni  : aku sbnrnya bukn xnak pegi masjid,cume takut la
mono : aik?aku xpenah jumpe org takut pegi masjid.ko pe mslh?cbe cite ckit.aku kan kwn bek ko.cerita ko abes sini je
moni  : betul ye abes cni.ko kne janji,pas aku cite,ko xmarah?
mono : ko xcite lgi,aku nak marah apenye.ha,cite la
moni  : dlu aku rajin dtg masjid sbb aku leh curi kasut jemaah masjid.kasut mahal2 tuh...lagi2 time solat jumaat.kaya beb klo jual bandle.tapi skg dorg sume pakai seliper jepun,sbb xnak kne curi lagi.tu yg mlas dh nk g masjid
mono : kasut kerja aku yg hlg 3kali tu,ko la yg curi.xguna punye budak!!
moni  : wei,ko janji xmarah.
mono : pegi mati la ko.sebulan gaji aku kne ptong ko tau.aku pukul ko
moni  : tidak....(sambil larikan diri)


masjid al-haram
>Hadis<"Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)" (Bukhari)

>Huraian<
1. Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ketempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.

2. Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat sembahyang di dalamnya ialah:
i. Masjidil Haram di Mekah
ii. Masjid Nabi di Madinah
iii Masjidil al-Aqsa di Palestin.

3 Diantara fadhilat-fadhilatnya ialah:
i) Kelebihan Masjidil haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
ii) Kelebihan Masjid Nabawi pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan didalamnya ada makam Nabi s.a.w. Dan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
iii) Kelebihan Masjid al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat lima Ratus (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya Nabi s.a.w



masjid al-aqsa

Khamis, 7 Julai 2011

SeLaMat HaRi JaDi "MiFTaHuL JaMiLaH


em....mesti sume tertanya2,spe MiFTaHuL JaMiLaH?adakah pelakon, pengacara, penyanyi?sumenya bukan.die anak buah je.haha....die ni bukan men seronok klo dapat balik kg.maklum la,org ramai sgt main dgn die.sanggup xtido sehari sebab nak main2 dgn ngn org dlm rumah kg nih.hehe...bru2 ni de wat majlis kenduri tahlil.dlm masa yg masa,wat sambutan hari jadi die.die lahir bulan 1ogos.tapi nak wat camne,1/8 tu dh pose.xleh nk sambut.bese la,de rezki lebih,wat la sikit.

Time Rewang : 
aku : adoi,3hari kita nak rewang ni.mmg penat sungguh ni
mak: bese la.kg kita ni kg jawa.beseny klo nk dekt pose mmg de wat kenduri sambut ramadhan
aku : tempt len ade ke?
mak: tah,org jawa je kot.
aku : oo....

ni la hasilnya setelah bertungkus-lumus.penat tu masak sendiri
ramai kan?naseb bek muat rumah aku nih

bapak aku tgh sembg ngn org tu.yg mane agaknya ek?


Dapur RuMaH : 
aku : mila,arini ari ape?
mila: ari ahad....
aku : kek tadi tu spe punye?
mila: adik punye
aku : eleh...xmalu.tarikh lahir ko lambat lagi la
mila: mane ade.
aku : jom tengok tv dulu.pastu, mila tdo kejap.bru potong kek.ok?
mila: xnak.nak potong kek dulu bru tdo.
aku : ko kan dah sehari lari2.ko xngantuk ke?
mila: mane ade.
aku : tu matanya dah kuyu
mila : mane ade.adik nak potong kek skg la.
aku : eh ko ni.lmbt lgi la.ptg nanti lps kenduri.sibuk je.

 eleh mila.sukenya die....ni la die kek jamila.

eleh mila.sukeny dia dapat potong kek.akhirnya....

Jumaat, 1 Julai 2011

OpeRaSi "BeRsiH" di RuMaH SenDiRi

aku sendiri xpenah nampak lori kecik ni.siap ada tulisan "AWAS" kat blakang tu.haha
mmg hlg khazanah ni dari rumah aku.ni bru ckit...
nenek aku memerhati penuh tekun.hehe
barang2 tadi bakal ditimbang dulu dong....
"wak,byknya brg....",kata cina tu kat bapak aku
"fuh....banyak jugak khazanah kat rumah ni",kata apek tu dlm hati

bye2....kalo de barang berharga dlm tu.mintk maap awal2 kpd sesape yg berkenaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...