Rabu, 12 Disember 2012

ianya baru saja bermula

12-12-12 : tarikh bersejarah.ianya baru sahaja bermula


dalam kehidupan, secara adatnya masing2 ada sejarah dan peristiwa penting dalam hidup. sejarah itu terjadi dengan peristiwa yang jarang berlaku dan perlu diingat kerana ada nilai disebalik sejarah yang dilakarkan itu. maka, bagi aku, hari ini merupakan salah satu sejarah yang perlu dikenang dan aku sendiri cuba untuk melakarkan sejarah.
matlamat kita jelas, menyebarkan islam di serata dunia dengan menyebarkan islam secara berkasih sayang. Berpencaklah dengan identiti islam hatta di mana sahaja bumi dipijak

Sentiasa Bergerak
Pepatah atau kata-kata hikmah dalam bahasa Inggeris ada menyebut, "A Journey Of A Thousand Miles Begin With One Step" iaitu Perjalanan yang seribu batu jauhnya bermula dengan selangkah. Maka, tindakan inilah yang cuba aku buat dan amalkan dalam kehidupan seharian demi mencapai matlamat yang aku dukung selama ini.besar jangkaan dan matlamat yang ingin aku capai dalam kehidupan ini, terutamanya ketika mana aku terjun dalam kehidupan "kedua" aku iaitu dalam palapes. Kata-kata pensyarah jabatan sejarah dan tamadun islam, APIUM, Ustaz Faizal ada menyebut, "kesilapan adalah satu perkara yang wajib dilakukan oleh seorang manusia dan melalui kesilapanlah kita dapat belajar sesuatu ilmu. kenapa nak takut dengan kesilapan dan mengapa kita tidak berbangga dengan kesilapan yang kita lakukan? Sedangkan jika berlaku satu2 kesilapan, bermakna kita sedang bergerak mencari sesuatu kebenaran berbanding orang yang tidak melakukan apa-apa (berdiam diri dan berlagak sebagai pemerhati)".Secara psikologinya adalah, orang yang melakukan kesilapan ini adalah orang sangat berani dan mempunyai "jiwa muda". Maka, apa beza kesalahan dan kesilapan??ha, pikilah sendiri.haha..

Dugaan
Sebenarnya, siapa yang menyangka bahawa Palapeslah satu2nya tempat untuk mengajar erti kehidupan. siapa yang tidak mengambil manfaat daripada kehidupan ini, maka dia adalah daripada golongan orang2 yang rugi. Rugi sebab apa?? palapes dapat marah, dapat caci maki, sabotaj, dipulau, hidup tertekan dan sebagainya?? untung ape, kalo orang yang tak masuk palapes, hidup aman bahagia. Positif la sikit....inilah kehidupan sebenar.sepatutnya semua perasaan kita perlu rasa. inilah sunnah kehidupan dan juga inilah apa yang Baginda Rasulullah SAW rasa dan lalui sampai tahap baginda diburu untuk dibunuh. Kita??style askar, proses pembelajaran dan teguran adalah, punishment, marah dan tengking. ada orang nak bunuh after that??xde kan...so, relax sudah. RSM Tentera Darat pernah berpesan, "untung hidup dalam askar, kerana sume perasaan kita akan rasa. rasa sedih, suka, duka, kecewa, bimbang, disabotaj, dipulau, dibodek, dipuji dan lain2.golongan mane lagi yang rasa selain daripada kita.beruntung kita...haha...". Selepas mendapat semua perasaan itu, apakah sepatotnya respon kita dan bagaimana kita menangani emosi kita yang selalu terumbang ambing ini. So, inilah namanya latihan mengawal emosi. agak2nya, ini latihan teori ke praktikal??berfikri la sejenak ye.hehe...
"Dalam surah al-ankabut:ayat 2" : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? 

Hotspot Friendship in Palapes
Bab inilah yang paling aku lemah untuk huraikan kerana senang untuk dibicarakan tetapi susah dalam pelaksanaannya. Perkara asas dalam Usrah, jemaah atau hidup berorganisasi ada 3 iaitu  taaruf, tafahum dan takaful.macam mana nak ukur? mudah sahaja, bagaimana penterjemahan kita kepada 3 perkara asas tadi sama sekadar retorika atau sebaliknya. Digariskan oleh As-syahid hassan Al-banna bahawa "serendah-rendah martabat ukhuwah ialah apabila kamu berlapang dada terhadap saudaramu (bersangka baik) dan setinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri"
Terlalu banyak kenangan yang tidak dapat aku lupakan dan beberapa "eksperimen" telah aku laksanakan bagi mencapai kesatuan ukhuwah islamiyah yang jitu dari kalangan kami. responnya adalah : Ada yang menjadi dan ada yang tidak. Ada yang memberontak dan ada yang diam membatu. Ada yang terbeban dan ada yang gembira. Normal la, it is eksperimen...aku bukan nabi yang mengetahui mana jalan yang terbaik untuk setiap insan itu tetapi kita mampu belajar dari kesilapan lalu. sekurang2nya berani mencuba dan rajin bertanya.betol x? apepun jangan disalahguna istilah, atas dasar nak bercintan cintun, tapi guna istilah ukhuwah islamiyah. kalo aku jumpa, Sorry to say, aku akan bagi "hadiah istimewa" awal2.haha...

HARAPAN
sejarah tetap sejarah, dan masa lampau tetap menjadi perkara yang sudah berlaku. maka, sebagai seorang hamba Allah yang mampu berfikir, ambillah satu ikhtibar dan pengajaran. dan kadangkala, kenangan itu mampu membuat kita tersenyum sendiri walaupun pada dahulunya kita melaluinya dalam keadaan yang sangat perit dan pedih. Member aku berkata, "dalam satu2 kenangan, biarlah gambar yang berbicara". sebagai penutup pada hari yang aku iktiraf sebagai sejarah penting, aku nak wat pengumuman, ini adalah roll call terakhir untuk PALAPES UM dan hari BELIA DAN MAHASISWA anjuran kerajaan negeri selangor.ayuh bersatu demi islam dan berani menyatakan kebenaran.teruskan me"nyah"kan kezaliman dari muka bumi ini. TAKBIR!!!


Isnin, 4 Jun 2012

10 Muwasafat Tarbiyyah





Dulu penah kena tanya, apa itu 10 muwasafat tarbiyyah? aku memang akan blur dan ternganga lah. so, sekadar gambar je la yang mampu merangsang otak aku untuk mengingatinya.hahaha...

Sabtu, 2 Jun 2012

~Usrah sampai ke syurga~


     Kadang2, terdetik dalam hati kecilku, susahnya nak luangkan masa untuk islam. kadang2, kita ni terlalu berkira bila buat kebaikan. kadang2, kita ni seolah2 malu untuk berbuat sunnah, amar makruf dan nahi munkar. Benarlah sabda Rasulullah : " Islam bermula sebagai sesuatu yang ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka beruntunglah orang2 yang ganjil". (HR Muslim no.145). Nak pakai jubah malu, nak pakai kopiah malu, nak pakai berkelakuan sunnah malu, nak bawa kayu sugi malu, sume yang islam ajarkan umpama tradisi kehidupan kuno.Pelik sangat ke?

Ada apa dengan usrah?
     Terjumpa kata-kata ini semasa membuat persiapan untuk menjadi naqib kepada ahli usrah, sangat menarik untuk dikongsikan iaitu "Usrah ibarat seorang yang sedang mencangkul tanah. Mereka nampak pada zahirnya, namun mereka tidak tahu sebenarnya kita SEDANG MEMBINA BATAS. Begitu juga dengan usrah, mereka nampak kita berhimpun, berbincang. Tetapi mereka tidak tahu sebenarnya kita SEDANG MEMBINA SEMULA ISLAM DALAM HATI-HATI KITA"

Aku berbangga kerana ada usrah
     Baru-baru ni aku macam bersemangat la untuk wat usrah and join usrah walaupun dalam musim peperiksaan.aku berprinsip, tiada istilah buang masa jika kita sedang bergerak kerja memajukan islam. teringat kata naqib aku dulu, sebelum kita meng"usrah"kan orang lain, kita perlu di"usrah"kan.so, aku pun berpakat2 dengan beberapa orang member untuk wat usrah dalam komuniti palapes. ini la 1st time aku conduct, cume aku tak tau berkesan atau tak. aku nekad untuk wat di pondok berdekatan surau pada  jam7 pagi (waktu kritikal bagi penduduk Malaysia yang gemar tidur pagi).haha....Then yang datang ada la dalam 11 orang.

     kami pun mulakan dengan sesi taaruf yang aku namakan "balingan kunci". slot ini kita bukan taaruf diri sendiri tetapi taaruf orang lain. Bila kita taaruf orang lain, setakat tau nama and fakulti je.adoi, mmg gagal betul la kita ni. dah 2tahun berkawan, sekadar tu je yang tau.haha....lalu aku pun kaitkan, bagaimana kita seorang muslim sewajibnya mengenali rakan-rakan kita seluruhnya termasuklah apa yg dia suka dan apa yang dia tak suka. Lalu aku kaitkan sesi taaruf tadi dengan menceritakan bagaimana As-syahid Hasan Al-Banna, pengasas kepada Ikhwanul Muslimin, yang mana beliau mempunyai ribuan pengikut, ketikamana ada seorang ahli yang datang ingin menyertai gerakan islam itu, masing-masing duduk saling berhadap dengan dipisahkan sebuah meja. lalu Hassan Al-Banna bertanya kepada pemuda itu, wahai Muhammad, siapakah nama keluarga kamu? Pemuda itu sangat terkejut, lalu bertanya, bagaimana tuan mengenaliku? Dijawabnya, beberapa tahun lalu, ketika di dalam kereta api, aku melihat rakanmu memanggil kamu dengan nama Muhammad.

     Seterusnya slot kedua iaitu slot persepsi. Ha, ni la slot yang agak ceria. Slot ni menggunakan tangan. Bila disebut ular, yang lain sebut panjang sambil tangan mendepa panjang. Bila disebut ulat, tangan mendepa pendek daripada depaan ular. Setelah diulang beberapa kali, ditukarkan tangan ular yang panjang menjadi pendek dan sebaliknya. Masing2 berlawan untuk menjadi juara persepsi. Akhirnya tak tau sape menang.haha... Then, resolusinya adalah mengenai hadis, "islam itu datang dalam keadaan yang ganjil dan kemudian ia akan kembali dalam keadaan yang ganjil". Maka, saya menceritakan, dahulu jika anda berpakaian jubah datang ke pasar, ia dianggap normal tetapi pada waktu sekarang ini, ia dianggap ganjil.Maka, benarlah hadis nabi. Realitinya adalah, dahulunya kapel dalam keadaan sorok2, kini secara terang2an dan menjadi adat.begitu juga dengan zina. Kita dipasakkan dengan satu persepsi songsang daripada ajaran Islam dan menganggap itu perkara biasa.uhhh....bahayanya~

     Slot terakhir adalah mengangkat tin menggunakan seutas tali. Dalam masa 2minit, diminta untuk mengangkat tin dan berjalan sejauh 10meter. hehe.... yang berjaya hanya kumpulan laki.terbaiklah.Apa yang ingin saya sampaikan pada slot ini adalah ukhuwah. Dalam ukhwah islamiyyah ada 3 peringkat : 
1) Salamatus Sadri iaitu berlapang dada. Sentiasa bersangka baik dengan rakan2
2)Mencintai sahabat sebagaimana kita mencintai diri sendiri
3) Ithar iaitu menjadikan kepentingan orang lain lebih dari kepentingan diri sendiri

Maka, akhirnya saya katakan bahawa saya berbangga ada usrah. Kerana usrah mengembalikan rasa Islam dan Iman dalam diri sambil berkongsi ilmu. Rasa seronok melihat ramai yang mula join usrah kerana sudah mula terbit bibit2 kemenangan Islam di Universiti.Dan saya rasa sangat seronok dapat berusrah kerana melalui situ kita merasakan ikatan kekeluargaan dirasai. Dapat melihat rakan2 tersenyum pada waktu itu, sehingga sekarang aku rasa seronok. Rasanya macam tak sabar nak wat usrah lagi.hehe...

p/s : rajin2lah cari usrah dan berusrahlah kerana dari situ kita dapat berkongsi ilmu tentang islam dan mengetahui betapa indahnya islam ini sebenarnya.kadang2 cume kita tak tahu di mana indahnya. jadikanlah usrah sebagai jalan untuk kita membina karakter sebagai seorang muslim sebenar. "islam itu adalah agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada islam". 


satu video menarik untuk anda. satu hati yang menuju USRAH :

Selasa, 3 April 2012

Palapes UM : Ikon ketenteraan Malaysia

sanggup berjuang
     UM, kini IPTA yang  menjadi sebutan di bibir mana-mana penuntut ilmu atau yang menbaca dada akhbar kerana keunikan, keintelektualan dan kekritisan mahasiswanya.Isu-isu yang diketengahkan juga selalunya mendapat liputan elektronik dan media cetak.

     Tradisi UM adalah melahirkan pemimpin yg gah, mempunyai pemikiran yang kritis, berideologi dan bermatlamat yang jelas akan sesuatu perkara.Sejarah tidak mampu memadamkan beberapa peristiwa penting yang mana dimulakan oleh gerakan mahasiswa UM, satu ketika dahulu.

KAJI DAN BERUBAH
    Jika mahasiswa UM mampu ke arah itu, maka tidak hairanlah jika Palapes UM juga mampu menjadi Icon Palapes seluruh Malaysia dan bakal merubah sistem serta melakarkan sejarah yang tersendiri, agar generasi masa hadapan mampu menilai semula sejarah yang terlakar.Nukilan ini bukanlah igauan semata-mata, tetapi ia sebagai satu langkah permulaan dalam "menuju Palapes Baru", dengan bermatlamatkan :

1) Semua Palapes meninggikan elemen keagamaan terutamanya agama persekutuan Islam sebagaimana akta perlembagaan negara perkara 3(1).
2) Semua Palapes mestilah berkepimpinan, berketrampilan dan strategis dalam melakukan sesuatu
3) Semua Palapes perlu didedahkan dengan subjek tambahan seperti seni peperangan Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, Kautilya, sejarah Peperangan Berat Sebelah seperti Perang Badar, Perang Red Cliff, Perang Al-Qadisiyyah, Pembukaan Kota Konstatinopel dan sebagainya.
4) Semua Palapes perlu diasak dari sudut mental, bukan mementingkan fizikal semata agar ia menjadi latihan menjaga kerahsiaan negara dan membuat keputusan tepat dalam masa yang singkat
5) Semua Palapes perlu melawat ke negara yang sedang bergolak dan berjumpa dengan pimpinan-pimpinan ketenteraan mereka seperti Palestin,Syria, Lubnan, Thailand, Indonesia, India dan sebagainya agar Palapes di Malaysia berlatih dalam keadaan yang jelas, bukan berlatih sekadar mengikut silibus dan berada di awang-awangan.

*ATM perlu menilai semula apa yang dinyatakan diatas.Sudah terlalu lama sistem ini berjalan, tetapi tidak ada pemantauan berkala.Maka, produk Palapes yang berkualiti pada masa kini kian terhapus.

MASA KIAN SINGKAT
     Palapes UM ditubuhkan pada 7 Feb 1980 diketua oleh komandan pertama Prof Diraja Ungku Aziz, Naib Canselor UM 1968-1988.universiti kedua selepas UKM.

     Penubuhan KAGAT pula merupakan satu jalan yang telah diberikan oleh pihak Kementerian Pertahanan bagi melahirkan semula ketenteraan yang faham sedar tentang Islam.Seterusnya menghapuskan sedikit demi sedikit doktrin ketenteraan British yang masuk dalam sistem ketenteraan Malaysia.

     Maka dengan baki masa yang tinggal dalam Palapes ini, saya cuba sedaya upaya meniupkan kembali roh ketenteraan Islam dan roh ketenteraan yang berfikir secara waras agar misi menghancurkan Yahudi dan Amerika laknatullah yang merobek negara Islam dan mencabul hak asasi manusia dapat ditunaikan.Misi meruntuhkan kebatilan telah lama bertapak di Malaysia.kini tiba masanya untuk dizahirkan.bersiap sedialah.Takbir!!

tentera Muhammad akan kembali

Selasa, 14 Februari 2012

direkrut menjadi askar

liku-liku 21hari yang dilalui

seronok, suka, duka, marah, sedih, segala jenis perasaan sumenya sempat aku rasa dalam 21hari ini.

TRAINING
sebut je askar, tafsiran orang awam, Azab Sengsara Kau Akan Rasa = ASKAR.betul ke?haha...mane ada.slogan yang slalu dimomokkan, penuh penipuan.itu zaman dahulu kala punya askar.zaman kini zaman akal bukan zaman sepak terajang dan membodohkan orang sesuka hati.fitness and fizikal masih lagi dikekalkan seperti berlari bawa beban dan lain2 tetapi bukanlah seperti latihan hamba abdi.pembaharuan latihan kini menampakkan bahawa "war is strategy".

WORK AS A TEAM
keberjayaan sebuah kumpulan bukanlah terletak pada kekuatan fizikal semata-mata, tetapi ia terletak pada sejauh mana kerjasama dalam kumpulan dan patuh pada arahan ketua.doktrin yang slalu dipasakkan dalam otak askar adalah "1 arahan 1 gerak kerja".islam telah lama mengajar teori "work as a team" ini secara harian iaitu dalam solat berjemaah.apabila imam rukuk, makmum wajib rukuk dan seterusnya.jika salah seorang makmum ingkar, maka terkeluarlah dia dari jemaah tadi.Rasulullah bersabda, sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada binatang ternakan.Ia akan menerkam kambing yg bersendirian dan terpencil.Maka, jauhilah kamu dari berpecah belah dan wajiblah kami bersama-sama jamaah, org ramai dan masjid. (HR Imam Ahmad).maknanya apa?kekuatan kerjasama kunci kejayaan sesuatu pasukan.lihat sahaja bagaimana zaman Sultan Muhammad Al-Fateh, menolak kapal lautnya menyeberangi daratan untuk sampai ke lautan sebelah.tiada siapa pun yang ingkar walaupun ianya suatu perbuatan yang tidak masuk akal.kerana percayakan ketua, strategi beliau berjaya mengalahkan musuh.syabas!

HASIL 21HARI
          zaman sahabat, apabila mereka ingin saling berkenalan, mereka akan bermusafir selama 3hari, dan ketika itulah karakter sebenar akan menjelma.kami ni pulak, 21hari.takkanlah xreti2 lagi perangai setiap seorang dari kami.haha...yang suke membantu, yang kaki memerhati, yang selalu tersenyum, yang selalu bercakap, yang bakul sampahkan idea orang, kaki gosip, sumenya dalam poket aku.haha
          kkdg aku rase cam makin busuk plak nama intake 32 di mata pentadbiran.bayangkanlah dah banyak isu berlaku sepanjang latihan.homework yang xpernah hantar, lambat siap.camne nak siap, bertimbun2 kerja yang kami dapat.dalam masa yang sama, tercetus pergaduhan antara ladies.ini sume masalah emosi yang tak stabil.tapi perlu ke YO gtau kepada senior, and pentadbiran?ini hal "rumah tangga intake", jgn kecohkan sgt.hal simple, boleh setel la.bkn pe, hal ini dibimbangi menimbulkan persepsi buruk kepada pihak lain terhadap kredibiliti intake 32.kan?so, dpd peristiwa itu  maka terbongkarlah siapa puak mino and majo.di mana silap agaknya?aku rase dh setel dh kes tu.
          Then, aku heran latihan kali ni xde la sepenat yang kami bayangkan.adakah kami ni dah terlalu mantap atau latihan yang kurang tough?mungkin kesan kena komando rest setiap hari. haha.... walaupun jalan hampir 30km, mendaki bukit, turun bukit.juga kami ni digelar askar tenggelam timbul waktu serangan.bayangkanlah, terpaksa redah tali air.ada yang tenggelam kat dalam tali air tak timbul2 pun ada.haha...
          maki hamun?kena marah?sumenya aku dah lali.hatta diketuk kepala menggunakan kayu pun aku dah kena.lumrah kehidupan sebagai seorang askar la.
          dulu mase zaman muda2 dulu, tau tak pe latihan tuk mantapkan ukhuwah and kerjasama?kami diminta berendam dalam sungai seusai solat subuh.diberi ceramah panjang lebar oleh fasi dan akhirnya kami diberi 2batang berus gigi.satu laki and satu lagi tuk pmpn.rupenya, kami diminta untuk menggosok gigi kawan kami, 10 orang 1 berus gigi.jijik?tah la.haha....
          pada program yang sama, ketua kumpulan dipanggil ke hadapan dan diberi sebiji buah pear.maka, demi istilah tidak mementingkan diri sendiri, arahan yang diberi, "aku tak tahu macam mana, pastikan buah pear ni sume dapat rasa".hati aku berbisik, giler ke?kami ni ada 50 orang, buah pear 1 je?xmunasabah kan?tapi rentetan peristiwa inilah yang membuatkan kami sentiasa bersatu hati.apa kata lepas ni aku bawa teknik ni dalam palapes.mesti jadi gila2 punya.haha....

RESOLUSI
          setakat ni, aku rasa tautan ukhuwah antara kami semakin erat.dah macam adik beradik.rasa tak puas latihan kali ini.cam nak tambah hari je.haha....semoga kami 52 orang sempat tauliah bersama-sama dan tiada sebarang masalah berbangkit yang boleh memecah belahkan keakraban team ini.hidup palapes intake32.



-semoga palapes intake32 menjadi ejen perubah dalam ketumbukan revolusi askar di Malaysia persis askar pimpinan Rasulullah.takbir!!-

Rabu, 4 Januari 2012

BOBOI terliur dgn UMNO

ucapan "tahniah" untuk kalian

Kenapa baru sekarang?
memang sah kumpulan BOBOI, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik telah sertai UMNO sejurus menang dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega.kenapa saat ini, walhal mereka penyokong tegar UMNO?jawapan mereka adalah mereka BARU SEDAR bahawa UMNO memperjuangkan hak agama, bangsa dan negara..wah, lamanya mereka ni pending.saat ini baru delivered.

Selera UMNO
hanya golongan artis?kenapa tak tarik cendekiawan, ulama dan ahli akademik?adakah kerana artis belum mumayyiz dalam hal-hal masakini yang menerjah Malaysia atau kerana wang?detik-detik countdown PRU13 lah, masing-masing nak declare UMNO.14 Oktober lalu, 10 artis menyerahkan borang keahlilan kepada Pergerakan Pemuda UMNO.Antaranya timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil @ Zed Zaidi, Rashdan Baba, Ezani Nizarif, Haris Kool, penyanyi Adam AF.Juga diberitakan bahawa Datuk AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida sertai UMNO Perak.Malahan, pengarah filem, Mamat Khalid juga sertai UMNO Gopeng.jikalau UMNO penuh artis, hidup UMNO penuh hiburan dan lakonan, maka bertambah-tambahlah sandiwara "kasih sayang" kerajaan UMNO terhadap rakyatnya.

Artis?Kekal dan berubah
artis masuk UMNO?biasa dan normal.tak de perubahan pun kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. awie masuk UMNO, tetap masih menyanyi dan melalak lagi.Adam AF pun masih sama saja.Zed Zaidi declare UMNO, berlakon pun masih corak lama.tak de pun mengajak ke arah cerita Islamik dan membentuk akhlak generasi masa depan.Mamat Khalid plak?em......

cube buka luas-luas sikit mata pembaca mengenang peristiwa dan kisah insan-insan terpilih yang telah menerima hidayah dan bergerak aktif dalam sebarkan dakwah melalui parti politik Parti Islam SeMalayia, PAS.berubah daripada hidup bersenang lenang dan bergelumang "najis" dunia kepada kehidupan yang menjamin saham akhirat dan membantu PAS menyebarkan faham sedar tentang Islam.

akill hayy

ali setan @ Azmil Mustafa

amy search

Bob Lukman

Pak Jabit

Renggo kumpulan Arrow

Zahid AF
semoga iman kita semakin bertambah hari ke hari.sentiasa memohon kepada Allah supaya sentiasa berada di landasan yang benar seperti Allah dan Rasulnya inginkan.hidayah itu milik Allah,maka mohonlah daripadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...