Khamis, 30 Jun 2011

SamBuTaN IsRa MiKRaJ Kg Aku bersama SeKoR LemBu


Masjid : 
aku : mane lembunya?
die  : la....ko lambat la.dh sembelih pun.
aku : hadoi...lambat lagi.em....xpe la.tolg org lapah je la.
die  : ko tlg aku la.de wak tu nak ekor, ape la
aku : ok...beres.
die  : kita ni duk kg jawa.msti tiru style org jawa.em,org jawa ni klo bleh sume nak makan.4bende je dorg tolak
aku : pe dia?
die  : kuku lembu, tanduk, gigi, mata, and taik.haha...
aku : ganas la org jawa nie.otak, usus, kulit, hati, limpa, paru-paru,xde benda yg dorg xmakan.mmg xnak membazir betul.haha....masyarakat len makan gak ke camtu?
die  : org negeri len baru2 nak blaja makan.de sorg akak ipar aku tuh dari utara, die ketagih.siap beli kulit dari sana and sanggup bawak balik kat kg kita gara-gara nak rasa masakan jawa ko tau.sedap katanya.hidup org jawa.haha
aku : org jawa mmg terer.haha....em,aku heran la.first kg kita ni tumbangkan sekor lembu sbb nak sambut isra mikraj.maju la wei.haha...
die  : murah rezki namanya.wak,sopo sing nempah otak koro "tuuut" lembu ki?arek direbus jugak ke?
wak: dilebokne wae.... ( sahut dari jauh tu )
aku : hish,xpenah aku makan otak.





Di MaLaM hari : 

Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

ustaz    : arini ustaz nak ceramah la pasal isra mikraj.terkejut ustaz dgr, pak imam kate hari ni berjaya tumbangkan sekor lembu sbb nak sambut isra mikraj
hadirin : bagus2x....rezki lebih pak ustaz

gambar hiasan je.tapi mmg ade cramah pn


hehe....aku sbnrnya xingt sgt pun pe yg ustaz tu ckp.byk sgt,xcatit pun.tpi de la ingat ckit2 : 

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

ustaz : ha, tuan2.ni sy nak bgtau ni.bedah batin ni xde spe boleh buat melainkan malaikat je.manusia xboleh buat.sy de sorg kwn,die cite kat sy."ustaz,sy pnh tgk dpn mata ustaz bedah batin ni.die kuarkan batu karang dari perut die.sy xkelip ustaz.sbb tu sy percaya".jawapannya mudah aje.mata die kene sihir.itu je.sihir camni hnya terkena pada org sekeliling aje.org jauh xkene tempias.
aku    : owh...camtu ke?cis,aku ingat wujud.huh!



Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);


ustaz : ha, yg ni pun 1 lgi.bab solat fardu.klo bleh tuan2 kene la rajin2 dtg masjid.benda besar yg Allah nak sampaikan kepada kita melalui peristiwa ini adalah masjid ini sebgai kiblat pertama dan juga solat.tpi bab solat sy nak tekankan.
aku    : ha, cepatlah cite.jgn wat suspen
ustaz : tuan2 klo bleh,jgn la pegi masjid time ada program aje.bukan xbgus cume klo boleh istiqomah la pegi masjid.pepatah melayu kata, " bapak kencing berdiri anak kencing berlari.si cucu plak gabungkan 2-2, kejap berdiri kejap lari.lalu si atuk tanya, knpa kjp benti kjp lari?si cucu jwab, ade tol kat depan".kan susah macam tu.maksud saya, si bapak ni nak pegi msjid bukan ada time2 tertentu.arini die pegi.esok xpegi.pastu anak ni tanya, "bapak,knp smlm pgi tp ari xpegi?".si bapak jwb, "yela,smlm ada cramah.abes cramah ade makan".si anak,"oooo....".lalu smpai ke besar la anak die ikut cara bapaknya.
aku    : nasib bek bukan cam sifat aku.huhu
ustaz : satu lagi, klo mls sgt nk pgi msjid.solat kat umah, boleh aje.tapi solat la awal... de satu dalam hadis nabi, 3amalan yg plg baik antra solat awal.tapi jgn jadi macam sorg kawan sy ni."pak ustaz,sy sllu solat awal.tpi solat tertentu je la".lalu jwb ustaz,"knp mcm tu?".kwn ustaz jwb,"ye la pak ustaz,saya jamakkan skali.time zohor sya solat dh nak dekat asar.abes je salam,lps dgr azan asar,trus bangkit wat asar.sya wat sume ajaran agama dlm 1 masa,ruhsah sy buat,solat fardu pun sy buat.nak cari pahala lebih...".so tuan2,jgn jdi mcm org tdi.
aku  : de jugak org camtu.huhu

tu je aku ingat time die cramah.y len aku dgr xdgr sbb lme sgt.perut dh lapo wei.haha... opss,aku bukan dtg cramah sbb nak makn,tpi lupe mkn ptg.hihi...slmt mngingati isra mikraj,jgn lupe tingkatkan amalan, perbaiki diri dan juga jgn lupe pgi tuisyen akhirat sblm menghadap soklan exam di kubur



maklumat yg aku ingat tapi ceduk org punye la.hehe...yg len2,pandai2 cari sendiri la.huhu...

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.



Selasa, 28 Jun 2011

"DeMaM" KuninG kali ke2



Ruang Tamu :
kiki : woi, ang de bace brite tak?
lala : pasal ape?aku xde tv la.member aku pegi hempas tv aku sebab putus cinta
kiki : gila member ang ni.otak mereng ke pe?9julai 2011 depa akan kene "DEMAM KUNING" beramai-ramai.
lala : eh ko ni.mandai2 je mintak org sakit.tapi aku pun nak kene demam gak ni.bahaya ke demam kuning tu?
kiki : hahaha....setakat ni aku dgr,spe yg terkena virus ni,terus kene tangkap.sume benda2 yg kuning termasuk t-shirt, helmet, kasut, belon, kacang dal akan dirampas bagi virus ini tidak merebak.virus ni makin tersebar melalui percakapan, pandangan, bau, dan sentuhan.
lala : mak aih,bahayanya.tapi, aku akan cuba bayangkan suasana time tu.em...........


>benda2 yg dah terkena virus demam kuning termasuklah<


manusia yg terkena virus demam kuning : 






kenderaan yg bakal ditahan dan dihalang untuk tatapan umum kerana jangkitan virus : 








aksesori yg terkena virus : 













haiwan yg terkena virus demam kuning : 






makanan pun boleh demam kuning gak ke?haha 











rancangan tv yg bakal dihalang disiarannya di Malaysia.oh tidak....sedihnya~~~










signboard pun kene virus or memang warnanya camni?haha.....





Isnin, 27 Jun 2011

Sapu la betul-betul.bagi BERSIH sikit

ya pak...gitu pak.bersihkan semuanya.


MeLePaK Di TePi JaLaN : 

duku : preettt.....preettt....preetttt.....fuh....mantap gak motor yamaha sport aku ni.esok aku nak tukar sport rim la.haha...
ciku  : ala,mtor buruk gi jual je la bro.ko tukar macam mane pun,racing ngn aku kalah gak.
duku : woi...ini moto gua beli pakai duit gua.lu gile ke nak jual2 camtu je.hasil titik peluh gua ni.
ciku  : pinjam surat kaba kat moto ko tu.pe cite best?
duku : nah.amekau!
ciku  : woi,campak2 nampak.xpuas ati ke?
duku : haha...relax la bro.ha,ko baca la yg pasal bersih tu.kdg2 gelak gak aku baca.haha
ciku  : pe yg lawak.bese je.
duku : muka surat belakang skali tuh.de sorg mamat ni lepak minum2 kat uptown,tau2 die kene tangkap polis pasal pakai baju bersih.then, ko tau,penjualan baju bersih adalah haram seolah-olah sama taraf dengan dadah, heroin dan kokain.Pnjual bju bersih ditahan dan disoal siasat semasa ceramah JELAS2 anjuran Pakatan Rakyar Sepang.Penceramah2 pun kene cekup gara2 dikatakan bersih itu "haram".
ciku  : la....camtu plak ye.cian penceramah and penjual baju tu.org yg minum tu plak cantik je tutup aurat.pe ke pelik sgt polis tu?die buat salah pe?yg xtutup aurat,die xtgkp.yg bertindik sana sini, yg bunuh sane sini, rompak, byk lagi kes yg patut die fokus dari bersih ni la.kalo aku penjenayah bijak, time ni la plg sesuai wat rompakan besar2an coz polis sibuk ngn bersih tu.haha
duku : tu la pasal.die pun heran.die siap angkat tangan mcm jaguh time kene tgkap gambar.haha...xlame lepas tu,die kuar gak tanpa ikat jamin.ye la,xde pertuduhan langsung.
ciku  : dah tau xde kesalahan,polis tgkap wat pe?suke2 je tgkap org.wat org panas je
duku : makin gila la polis ni.die yg sepatutnya jaga keamanan negara,bertukar watak jadi huru hara negara.belum cite pasal polis bantai org sampai mati, kes tembak org sampai mati and byk lagi la kes.haha
ciku  : cis,pe haram kejadah polis ni.aku bru je cita2 nak jadi polis.kan aku juara polis entry.haha...lagi,de kes lagi ke pasal bersih ni?
duku : de lgi kes yg klaka.geng2 Persatuan Sosialis Malaysia kene tahan kat plaza tol Sg Dua.dorg ni plak wat pgrm menjelang perhimpunan bersih,kempen "udahlah tu,bersara lah".last2,kne tgkp 30org and katenya dorg ni cube nak hidupkan balik fahaman komunis kat Malaysia.de unsur2 nak serang Yg Dipertuan Agong la.xpaham aku
ciku  : haha....yke?pesal aku xtau.yg aku tau,semalam de org kene halau masjid sbb solat pakai baju bersih.ni lagi aku rase geram.elok lepas org tu solat maghrib kat masjid likas,de ajk masjid ni g serang budak ni,"pesal ko pakai baju bersih.keluar.....!!!!!!!".sambil ditolaknya budak tu.camtu kot dialog die.mujur de org lain back up die.
duku : kentot betul la pak cik tu.yg die nak kacau org nak beribadah tu kenapa?BERDOSA BESAR halang orang nak solat.marah2,tolak2.ok pe org tu nak solat.yg ptot die marah, org yg xsolat tu.dah tau masuk waktu, duk tgk tv....main video game...mengumpat...yg wat maksiat...yg xtutup aurat....org2 camni la ptotnya pak cik tu ceramah.aku rase pakai baju bersih g solat, sah lagi kot.bukannya baju tu najis.akidah pun xlari.haha
duku : nak wat camne.elok sangat la tu.kita pakat2 sokong bersih ni.sume 8 tuntutannya pun bagus2.so,ko g ke 9julai ni?aku xleh kot sbb aku nak wat kenduri.
ciku  : hahaha....aku pun xleh g la.nak servis kete
duku : cekodok la ko.alasan byk!aku nak pegi tukar minyak hitam moto aku la
ciku  : ok...blah la ko.aku plak nak pancing orang.bia ramai masuk bisnes MLM aku.ko xnak dgr cite aku plak ke?
duku : aku blah dulu.preettt...preett...preettt....

yeah.akhirnya aku la org pertama diberkas.cayalah....

"pak cik, salah ke saya nak solat?",kata abg bju kuning tu.

"bia boboi bersihkan laptop ni ye.gaji bank in terus.meow...",katanya si kucing ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...