Rabu, 28 Disember 2011

suara perak memanggilku

jam12.00 malam, jumaat malam sabtu, 23/11/11 satu mesej masuk dalam telefon bimbit, menjemputku ke suatu tempat yang tak pernah terlintas di fikiranku.katanya, "firli, esok pagi jom kita pergi Stadium Perak.ada konsert maher zain.free of charge.makan pun disediakan.amacam?".subhanallah...tak ku sangka, dalam ramai2 insan di UM ini, aku yang terpilih.lalu aku pun menjawab,"ya, aku ikut".lalu, bermula la pengembaraanku ke sana.sangat menyeronokkan.hmm...macam skema ayat aku kali ini.haha

bukan pajero tu yang aku naik.tapi bas sebelah tu.hehe...
program kali ini dinamakan Visit Perak 2012.anjuran kerajaan negeri perak.totally bajet ditanggung oleh YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry, menteri besar perak.untuk mahasiswa IPT seluruh malaysia dijemput umpama vip kerana adanya HIMPUNAN MAHASISWA PERAK besar-besaran.terima kasih MB Perak.semoga Allah murahkan rezeki YB.

PELABURAN MASA HADAPAN
jangkaan aku, jutaan ringgit YB abeskan untuk program kali ini.berbaloi ke?persepsi aku mmg ada udang di sebalik mee.percuma secara total bagi mahasiswa yg datang termasuk pengangkutan, makanan dan tiket.percuma juga tiket kepada semua pengunjung yang hadir.diedarkan bendera Malaysia dan Perak kepada yang hadir sekitar 60 000 orang.Bayaran kepada artis bernama Ramli Sarip, Ifran Makki ( kanada ) dan Maher Zain bersama krew2nya dan back up singer.AC Mizal plak sebagai MC malam tu.Bayaran juga dibuat kepada incharge PA system dan lain-lain lagi yang terlibat.wah...banyakkan? bayangkan berapa juta pelaburan ini.ada benda yang nak dicapai sebenarnya

pertamanya dari sudut politik.bagaimana beliau sebagai MB Perak ingin menunjukkan kebaikannya sepanjang tempoh pemerintahannya.lagi2 dalam tempoh pra PRU13 yg bakal menjelang tidak lama lagi.ini kerana Perak hanya menang tipis di antara kerajaan dan pembangkang.laluan sukar bagi MB jika berdiam diri jikalau tidak bekerja keras.lalu inilah salah satu cara mudah bagi meraih undi simpati daripada rakyat.ini salah satu taktik menaikkan nama dan imej baik kepada masyarakat umum.kan lebih bagus diberi pendidikan percuma atau air percuma.

keduanya, sudut ekonomi insyallah bakal meningkat kerana walaupun jutaan ringgit dibuat, saya yakin ia akan mendapat pulangan pada masa akan datang tetapi bukan pada masa yang terdekat ini.buktinya, ramai peminat Maher Zain dan Irfan Makki dari seluruh negara bertanya lokasi perak sejurus selepas mereka update status berkaitan konsert di Perak.dan juga dipromosikan kepada mereka tentang tempat2 menarik.ini mungkin mampu menarik pelabur dari luar negara datang untuk melabur di Perak sebagaimana strategi yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu antara negeri terkaya di Malaysia.

ketiga, sudut sosial mampu mengharmoni dan meraikan seluruh sifat kesenian rakyat jelata perak. berbagai kesenian tradisional perak yang ditonjolkan di sana yang belum pernah dipertontonkan kepada khalayak umum.perpaduan mungkin dapat disemai tetapi ......... 

keempat, pendidikan pula, secara peribadinya saya tak jumpa perkara2 yang boleh mendidik generasi.tiada satu slot pun yang menerapkan tentang nilai murni.yang ada hanya talk kosong dan bukan berbentuk nasihat daripada MB Perak, gerai jualan dan konsert.

Kelima, proses islamisasi.alhamdulillah.....artis tersebut mampu mengajak semua penonton megucap kalimah suci Allah seperti alhamdulillah, insyallah dan lain2 lagi.tetapi tak kan sekadar malam itu sahaja.MB Perak tak pernah nak ajak rakyatnya ke supaya ikut telunjuk Islam?jgn sekularkan agama dgn dunia.takkan nak ucap perkara agama ikut tempat dan waktu yang sesuai?wah2....terukla camni...

cukuplah tu.panjang dah ni.ini jelah komen aku.suke sgt pikir benda lain dr yang lain.haha...ok la.kita perlulah sentiasa berfikiran berbeza dari orang lain berfikir.Allah ciptakan manusia supaya berfikir bukan menjadi pengikut sepanjang masa :)

Ahad, 25 Disember 2011

daki dan terus mendaki


wah....dah lama aku nak panjat bukit broga ni.akhirnya, member kampung aku call pada 10/12/11 jumaat malam sabtu.die pun dengan selambanya ajak aku gi mendaki bersama.sebenarnya waktu tu aku tengah latihan palapes.aduh, jem otak aku nak pikir.berada di 2 persimpangan, samada palapes atau bukit broga.

then, aku pun pilih kedua2nya.adil kan?haha....ari sabtu aku g training sambil otak aku pikir ttg bukit broga dan ari ahad aku pilih bukit broga.pergh....kiranya skg ni aku boleh la cite bab panjat2 bukit ni.haha...jam5 pagi aku di kaki bukit dan teruskn pendakian.tak tahu la...kami mendaki dgn berlari dan amek masa 1jam je untuk sampai ke puncak tertinggi.org kata kami cepat sampai.bagi aku, aku rase itu pun dah cukup lama kot.

sampai saja di atas sana, aku lihat bertempiaran tubuh2 manusia dengan pelbagai ragam.ada yg mcam burung, duduk bertenggek dan macam2 lagi la.dan akhirnya kami berehat seterusnya mengucap kalimah, "alhamdulillah".seusai solat subuh, aku menunggu matahari terbit.pergh....baru aku tahu betapa indahnya ciptaan Ilahi ketika itu.sangat indah suasana yang aku lihat.secara realitinya, aku tergamam seketika melihat bumi dari sudut pandangan atas."Subhanallah...!!".zikir yang diucapkan oleh makhluk dan tumbuhan sekeliling seolah2 didengari oleh telingaku.

lalu ramai yang berkata,"wah...cantiknya wajah bumi ini", tetapi tidak ramai yg sandarkan setiap bait2 yg terucap itu kepada Allah SWT.sepatutnya mereka kata,"subhanallah, alangkah indahnya ciptaanMu.tiada daya dan kuasa mampu menandingiMu".ha...bertambah sikit iman kalau cakap camtu.huhu....ni la hasilnya....





akhirnya kami sampai puncak.semmgnya gunung dikejar takkan lari 
dan seterusnya pada 16/11/11 aku mendaki bukit botak di belakang Akademi Pengajian Islam sambil berbaju melayu dan selipar jamban.sebenarnya aku solat subuh di API bersama kos mate aku.tetiba otw blek jumpe plak bdk2 palapes otw gi daki bukit.disebabkan aku telah dipelawa walaupun mlm tu aku tido 1.30minit je, aku pun kuatkan diri kata,"ok,aku join".haha....lagipun, ukhwah benda yang subjektif.siapa sangka dengan mendaki bukti bersama dapat eratkan ukhwah antara kami.haha...




pergh...mantap gak aku ni rupenya.hehe....

bak kata orang, life student antara yang paling best.zaman keghairahan untuk melakukan something juga adalah zaman student.zaman paling bersemangat juga zaman student.so, aku nak manfaatkan zaman student untuk melakukan segala2nya.bak kata Hishamuddin Rais, bekas aktivis mahasiswa UM, pemuda hanya ada dua pilihan.samada hidup normal menyedut udara segar ataupun hidup melakar sejarah.dan aku memilih yang kedua dan untuk itu aku perlu byk bekerja daripada tidur.bangkitlah wahai pemuda.contohilah ikon pemuda, "Sultan Muhammad Al-Fateh".19tahun mampu memimpin ribuan tentera.aku mampu ke arah itu.TAKBIRR!!!

bersama melakar sejarah dengan mengubah Malaysia ke arah negara Islam yg sejahtera

Jumaat, 9 Disember 2011

percikan nota-nota politik di hati ku

membaca?haha....antara perkara yang bukan dalam kamus hidup aku kot.begini citenya, time aku jalan2 sekitar universiti, tetiba plak aku terpanggil untuk singgah di fakulti sastera dan sains sosial.kebetulan time tu plak de pesta buku akademik.em, pe lagi.aku pun jalan la dengan member aku.bila aku berada kat tengah2 kawasan pesta buku tu, aku blur sekejap.ye la, aku bukan minat membaca pun.tapi saje2 je nak singgah.haha...tengah belek2 buku, aku terpandang beberapa buku yang agak menarik.berkaitan dengan polemik si najib dan kerajaannya.haha....pe lagi, alang2 auku 1971 yang membuat sekatan ke atas otak2 mahasiswa untuk berpolitik, aku pun beli la buku jenis2 camni.terbuka pintu hati aku untuk mula membaca.so, sekarang ni aku sedang membaca buku ini and maybe bulan depan baru abes baca.hehe....


buku yang aku beli adalah bertajuk
> Najib Perdana Menteri Terakhir : Shahbudin Husin ( ahli UMNO Wangsa Maju ),julai 2011
> Memahat Lekukan Sejarah (Travelog BERSIH 2.0 ) : Riduan Mohamad Nor, julai 2011
semoga aku mendapat tahu apa yang sebenarnya berlaku pada era pemerintahan DS Najib ini.adakah benar2 menjadi PM terakhir dari pasukan BN atau macam mane.

BN = be end?nantikan PRU13
salam perjuangan ideologi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...