Isnin, 26 September 2011

jgn open house aje.hati pun kene open gak la


meriah ke?em...boleh la...haha...ni open house kat taman perumahan abang aku,kat klang.macam2 ada sampai xabes sebab byk sgt sponsor.haha....apepun, kami memang enjoy.tengoklah menunya.sampai tempah orang luar lagi tuh.huhu...aiskrim ada, keropok ada and mcam2 lagi lah.




saling bermaaf-maafanlah kita di hari yg mulia ini ye.jalinkan ukhwah sesama kita.buang yg keruh, ambillah yg jernih.yg jauh didekat-dekatkan. yg dekat, saling berkasih sayang kerana Allah swt.jgnlah disimpan kesalahan yg lalu.toksah la duk berdendam.penah dengar tak satu kisah ni?


"oo...ko buat salah dengan aku ye.aku takkan maafkan ko.bukan setakat ko aje, tujuh keturunan ko, aku tak maafkan".gitulah gelajatnya.dialog orang melayu la nih.pe kes ni?bersifat rasionallah sikit.jika beginilah sikap orang islam kita tak berubah2,alamatnya sampai kiamatlah tidak berlakunya kerajaan khilafah islamiyyah yg kita selalu canang2kan.


firman Allah SWT : 

cam xmenarik plak post aku kali nih.tapi lantak lah,aku dah xde kerja nih.haha....

Jumaat, 23 September 2011

jamuan raya "tunggal" keluarga kami

keluarga besar nenek sarminah bersama anak2 dan cucu2nya
terlambat post plak benda ni.event penting camni, camne la leh terlewat post.maklum la, orang busy.haha....sebenarnya ni cadangan nenek kami, die teringin nak wat.so, kami selaku anak dan cucunya sambut baiklah cadangan tersebut dan masing2 support.cayalah....hampir sume datang pada ketika itu.anak perantauan yg jauh2 pun sanggup balik, luangkan masa bersama2.memang best tau dapat berkumpul beramai2, kenal gak sedara mara.camni la cara kami rapatkan ukhwah.hampir 100 sumenya.caya tak?klo tak caya, kira la sendiri,ok?hehe...

acara ni berlangsung pada :
tarikh : 16 september 2011, 
waktu : selepas maghrib, 
tempat : di restoran ikan bakar,jeram,selangor darul ehsan.



Menu yang disediakan.memang berbaloi-baloi






amacam?terliur tak?haha...korg yang tengok gambar pun terliur,kami semua yg tengok depan mata,apatah lagi.papepun, doakanlah kami semoga ukhwah yg kami bina selama bertahun-tahun ini berkekalan hingga ke akhir hayat.amin.....


doa mahabah (doa agar berkasih sayang)


surah ali imran :


 katakanlah (Muhammad), "jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu."Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ahad, 18 September 2011

usrah raya

uhhibuka fillah

alangkah indahnya hidup ini.bersejarah jugak hari raya kali ini.sbb pe agaknya?sebab aku dapat gak beraya umah kawan2 selangor aku yg tersayang.baraan aku ni daripada 12tgh hari smpai 10malam, bersama kawan2 aku dunia akhirat.wah...ayat aku ni, hyperbola plak.orang kate, menerima tetamu itu membawa rahmat.so, sememangna nak bagi rahmat Allah di rumah orang pun.

cam yang aku cakap sebelum2 ini la kan.step pertama dalam dakwah adalah bagaimana kita mencuri hatinya, membina hubungan atas dasar islam dan taqwa, menjadi rakan karib, menjadi teman sejati, hinggakan masing2 meletakkan kepercayaan penuh ke atas sahabatnya.jika ada keraguan dan was2, selesaikan secepat mungkin agar tidak menjadi parasit dalam berukhuwah.


baraan?tau ke pekebenda ni?ni istilah jawa.bahasa mudahnya konvoi raya ke rumah orang.lbh kurang la.ni la salah satu cara kami menyebarkan virus2 ukhuwah iaitu dengan menziarahi rumah kawan2 selangor.sebenarnya aku memang penat abes.tapi disebabkan ISLAM mengajar kita supaya luaskan network persahabatan, aku xkisah.orang skg ckap, xkisah la.member punya pasal, ok je.haha...penat sikit xpe la demi sahabat yg tercinta.ikut plan sebenar ada 9rumah nak pegi tau?tapi sempat 5rumah aje iaitu rumah sakinah wak(shah alam), adila cenibung(kapar), nasir AQ5(rantau panjang), saadah(banting), dan kak aisyah(shah alam).rumah2 dorang sumenya ada kenangan tersendiri.moga2 nex time, ada masa kelapangan, nak dtg makan lagi,hehe....jemput2 la klo ade lagi ye.hehe...


GAMBAR KENANGAN BERAYA BERSAMA RAKAN UM

 
mengembara jauh mencari sate.disebabkn lewt ckit, sate dah abes.haha
 bersama motor tercinta.ni iklan and selingan je nih


 ni sume muka baru pas solat.kira ada nur sikit la.haha...tapi kete wira blkg tu mmg cam kete sport

wah...cerianya sri kandi nih.comel2 plak tu.eh, jgn perasan plak ye.haha
dari pagi sampai ke malam asyik makan.sume ni dah kekenyangan.so, posing smbil duduk je



wah...kebetulan plak cukup de 5pasang.de sorg muslimat yg lebih tu,pandai2 la ek.hehe...klo de jodoh la ek.huhu

klo ikutkan, rse cam xnak balik um je.rase cam beraya lagi je.sbb syg sgt kat member2 nih.hehe...papepun, terima kasih kepada semua yg join baraan.julung2 kali dapat baraan bersama2.terima kasih jugak kpd tuan rumah yg sudi terima tetamu kuat makan cam kami2 ni.terima kasih gk kpd tuan pnya kamera, ada gak la kenangan yg leh dilihat.moga2 ukhwah kita ini sentiasa berkekalan hingga akhir hayat.uhhibukum fillah.(saya sayang kamu semua kerana ALLAH)

-usrah budaya kita-

Khamis, 15 September 2011

dakwah : hiduplah bersama mereka



penah tgk cite kat atas tu?tajuknya ohhh harammm 2011.kene tengok tau.klaka and best gak la.huhu...yes,pada zaman global ini janganlah kita terlalu jumud dan beku otak.jgn sesekali kita kecilkan skop dakwah.janganlah memilih bulu dalam berdakwah kerana ISLAM FOR ALL.tak gitu?janganlah segan berpakaian sunnah, berkata benar, bertegur sapa dan sebagainya la.jgn sesekali bergaul dgn orang yg lbh krg kita je.kne la bergaul dgn sume orang, xkira la orang tu hensem ke tak hensem ke, cantik ke xcantik ke, miskin ke kaya ke, lelaki ke pompuan ke, yg penting mesti menjaga batas pergaulan.dalam masa yg sama, tunjukkan kepada orang ramai identiti kita sebagai orang islam.kan mudah je.islam ajar kita untuk bersosial, jgn jadi kera sumbang. islam menuntut kita untuk bersatu padu, jgn berpecah belah. islam menuntut kita tuk saling berkasih sayang, jgn bermusuh-musuhan.juga islam mengajar kita untuk meringankan beban orang lain dgn bersedekah.jgn la terlalu sayang sgt dgn harta kerna harta yg disimpan xde manfaat pun.


pe yg aku nak cakap sebenarnya adalah kita sebagai seorang daie/pendakwah perlulah semakin giat menyeru manusia sekeliling ke arah kehidupan berlandaskan islam.bagaimana cara nak seru?dalam firman Allah,surah an-nahl ayat 125 ((Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik)).so,hikmah/bijaksana yg camne plak tu?semestinya la ada level/cara/marhalah tertentu.ada caranya....senang je


dalam satu karya mustafa masyhur, dakwah fardiah : die menggariskan bahawa dalam dakwah ini ada ada 7marhalah.jgn la nak mandai2 skip 1 pun peringkat ini kerana ditakuti xberkesan.hehe...


1.mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan ma'du atau orang yg didakwah itu.
2.membangunkan iman yg lesu di jiwa madu.melakukan perbincangan tentang keimanan dan kebesaran Allah secara xlangsung.
3.membantu memperbaiki dirinya dengan cara mengajar perkara2 ketaatan kepada Allah dan ibadah2 fardu, membiasakan dirinya melakukannya secara berdisiplin, menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak Islam
4.menjelaskan pengertian ibadah yg syumul tanpa membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan : makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, riadhah/sukan, memelihara anak2 dan lain2.itu semua adalah ibadah kepada Allah SWT.
5.menjelaskan kepada ma'du bahawa agama Islam tidak cukup dengan kita sahaja yg muslim, sekadar melakukan ibadah wajib tetapi mahukan keseluruhannya islam.termasuklah sistem kehidupan, pemerintahan, perundangan, negara, jihad dan ummah.
6.menjelaskan kpd ma'du bahawa kewajiban menegakkan negara islam seterusnya mengembalikan khilafah islamiyah sememangnya tidak mampu melakukan seorang diri tetapi usaha tersebut mestilah dilakukan melalu satu organisasi/team/jemaah yg sistematik dan tersusun.
7.lastly, menjawab persoalan yg bermain di minda ma'du, organisasi/team/jemaah manakah yg patut dianggotainya?marhalah ini adalah penting tetapi sensitif.ia memerlukan hikmah dan kebijaksanaan, penerangan yg jitu dan memuaskan.ini kerana, terlalu banyak organisasi/team/jemaah yg bergerak dan semuanya mengajak para pemuda menganggotainya.masing2 membawa bendera islam.




KISAH AKU DISEBALIK KERJA DI PREMIS INI



aku ada satu kisah,berlaku ke atas diri ini.ramai dah orang mengomel dan bising kat aku.nape keje kat kedai runcit moden speedmart99 tempat yg sememangnya terang2an jual arak, babi, kondom?kan haram and dosa besar.ko nak termasuk dalam 10 golongan yg dilaknat kerana arak ke?aku memang mati akal dan xde 1pun hujah nak lawan.salah or tak, dosa or tak, haram or halal, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang tahu.biarlah orang nak cakap ape.aku keje ada tujuan dan misi, kerana aku nak tengok dan lihat sendiri bagaimana kehidupan manusia di luar sana, dalam kehidupan kerja dorang, adakah masih lagi menunaikan hak Allah ketika kerja?kalau mereka yg bergelar islam tpi tersesat, sape yg nak beri tunjuk ajar?


perlulah diingat, dakwah ini bukan perkara hanya sehari dua.sedangkan nabi pun berdakwah setiap masa tanpa mengira penat dan lelah.so, pertama-tamanya dalam berdakwah perlulah mencuri hatinya dahulu, membina hubungan, menjadi rakan karib, teman akrab, dan jgn sesekali sebut apa yg kita nak sampaikan.cam kita rapat dengan mak ayah kita la.klo dah rapat and meletakkan kepercayaan kepada orang itu, apa yg dia cakap sume kita akan terima dgn hati terbuka.samalah cam yg kat tempat aku kerja tu.bukanlah duit gaji yang aku idamkan, tapi hubungan ukhwah yg cuba aku nak bina atas dasar islam.islam yg aku cube nak sebarkan kepada golongan2 yg kita terlepas pandang.semoga apa yg aku lakukan ini dipandang di sisi Allah.aku memohon dan berharap sangat.amin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...