Isnin, 31 Oktober 2011

Maharajalawak Mega : hangat or hangit?

>Maharaja Lawak Mega 2011<


pergh....memang gempak

program maharaja lawak mega kini sudah launching pada jumaat lepas 28/10/2011.semakin luas pentas dibina untuk para pejuang industri lawak nie.de orang cakap, nyanyi2 ni dah basi dah.skg ni zaman melawak je.betol ke?adoyai.jgn la cmtu.nanti bangkrup plak industri muzik tanah air.muzik pun penting gk tau.jiwa sentimental perlukan muzik.nak layan feeling sedih, mesti la pakai muzik.kan?

Kelainan

tapi gelak tu, jgn la over sgt.banyak gelak, gelap hati.haha...teruskan menonton.before aku tamatkan penulisan aku ni, aku rase pelik dan heran kat era maharaja lawak mega kali ini.unik sungguh.antaranya : 

1. kenapa juri sesi  ini terdiri daripada geng2 yg bukan pakar dalam bab lawak?tukang masak?pemain bola sepak?penyanyi?umpama rimau susukan kucing.xde masalah cume agak pelik la.hahaha...

2. xde ke juri tetap yg berasal dari negara indon or singapura?takut2 juri xpaham je lawak yg dorang buat tu.klo singapura tu, boleh tahan la,paham gak.yg indon ni?kne gak hayati lawak dorg ni, sebab 70% markah dari juri.kan?dorg datang dari jauh.xmenang xpe.yg penting jadi juri tetap pun ok la.rase cam dihargai sikit.ceh...cam kompom Msia menang je.haha

3.terlalu ramai peserta dari Malaysia dan kurang peserta dari Singapura dan Indonesia.bukan nak kritik, cume cam perlawanan xadil la.kate tema kali ini adalah pertembungan antara 3negara.tapi hakikatnya macam Malaysia syok sendiri plak, Msia VS Msia.negara len ni cam pasukan tempelan je.


ramai dah kot orang cakap cam yg aku cakap ni.cume aku buat atas penulisan aku sendiri la.papepun, aku tetap sokong pasukan Malaysia walaupun hakikatnya masih kurang menyegat."Racun" Indonesia lagi berbisa terutamanya kumpulan Bawel (rupa2nya singkatan Bandung Welcome.haha...mantap)dan Saehu.peminat nih.hihi....




mungkin Malaysia kini kena cipta corak dan gerakan industri hiburan yg jauh lebih maju dari indon.setakat ini bagi aku sendiri, taraf Msia dgn Indon 4kali ganda Indon meninggalkan kita terutama yg hiburan yg membawa mesej ketuhanan.tu pandanga aku je.korg yg baca ni aku xtau la.ok,selamat menonton Maharaja Lawak Mega 2011.selamat datang ke dunia ceria dan gelak ketawa.huhu....

Ahad, 23 Oktober 2011

HIMPUN, hala tuju selepas ini?




perhimpunan "HIMPUN 1juta Ummah,Selamatkan AKIDAH" mendapat liputan luas daripada media tempatan dan juga media antarabangsa.diadakan pada tarikh keramat 22oktober 2011, bermula 2.00petang hingga 6.00petang.seramai 7 pemidato tampil ke hadapan menyatakan cinta kepada akidah islam dan sebagai wakil suara rakyat Malaysia.




Tindakan selepas ini?

banyak sebab musabab diadakan perhimpunan MEGA sebegini antaranya kisah Natrah, Lina Joy dan lain-lain.yang menjadi persoalannya adalah, apa gerak kerja dan pelaksanaan seterusnya untuk selamatkan akidah?mahukan HIMPUN ke2 ke?salah seorang pemidato berlatarbelakangkan seorang paderi yg kini telah masuk islam, memberi cadangan untuk menukar akta dalam perlembagaan bahawa memansuhkan bahawa bila mencapai umur 18tahun ke atas, bebas membuat pilihan beragama.ini adalah demi menjaga kesucian Islam.tiada ada paksaan dalam agama Islam adalah merujuk kepada orang yg bukan Islam.tetapi apabila orang islam itu sendiri murtad, berdosa besar dan hukumannya sangat keras.beliau juga memohon supaya ahli parlimen dan wakil rakyat yang hadir di sana mencadangkan supaya meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah ditempat yg paling tinggi dan perlembagaan negara di bawahnya.bukan seperti sekarang ini, mengagungkan perlembagaan negara lebih daripada kitab Allah dan hadis Nabi.kuasa ada, tapi tak gunakan sebaik mungkin.sepuluh kali berhimpun, kalau xde keinginan untuk jaga kesucian islam, pun tak guna gak.


Kontroversi?

Banyak banner yang tergantung di sekitar stadium.antaranya adalah "Melayu Sepakat Islam Berdaulat".heran gak, kenapa hanya dikhususkan Melayu sahaja?bukankah Islam untuk Semua,tak kira la bangsa apa pun. keduanya, terdapat risalah asing yang masuk dan diedarkan kepada orang ramai.muka hadapan ada lambang salib.aku perasan gak,tapi aku xdapat plak.di dalamnya diceritakan isu serbuan gereja oleh jais di DUMC,yg dikatakan dalangnya adalah Daniel Ho, isteri dan individu lain.Ketiga, hampir-hampir menimbulkan persepsi buruk dan seolah-olah mendiskriminasikan agama lain apabila dibuat perhimpunan seperti ini.agama selain daripada islam seolah dikecam dan ditekan.hari ini HIMPUN umat islam.esok lusa tetiba ada HIMPUN kristian, buddha and hindu plak.sape tau?haha....semoga Allah menjaga ISLAM dan Malaysia yg tercinta ini.ayat salah seorang pemidato yang diulang dua kali adalah jgn pula orang islam bersikap "bertolak ansur", lama-lama islam ditolak "beransur-ansur".


Konklusi

cukupkah untuk selamatkan akidah dengan hanya berhimpun seramai mungkin?sebarkanlah virus rasa kehambaan dan rasa berakidah kepada Allah kepada masyarakat sekeliling.jgn disimpan kefahaman Islam seorang diri.untuk menuju Khilafah Islamiyah, mulakanlah dengan langkah pertama iaitu membentuk peribadi muslim sejati dahulu.selesai tahap ini, baru boleh berbincang yang lebih jauh lagi.amin.....



media antarabangsa BBC NEWS
kalau benar anda sayang Islam dan Akidah, buktikan dan zahirkan dalam kehidupan seharian.jgn cakap tapi xbuat.larikan diri anda daripada sistem dunia dan dekatkan diri kepada sistem Allah.takbir!!

Khamis, 20 Oktober 2011

"HIMPUN SEJUTA UMMAH,SELAMATKAN AKIDAH",DIKONTROVERSIKAN?

>hanya tinggal beberapa jam sahaja,perhimpunan ini akan bermula.butiran program seperti di bawah <




adakah isu agama pada abad kali ini dijadikan bahan politik?perhimpunan ini berkaitan tentang akidah umat islam tetapi kenyataan terbaru daripada parti PKR dan juga PAS, mereka telah menarik diri dari perhimpunan MEGA ini.persoalannya, apa punca dan sebab utama PAS menarik diri sedangkan jika kita teliti dan telusuri, bahawa perjuangan PAS berlandaskan al-quran dan as-sunnah.melihat kepada NGO islam yg lain pula seperti ABIM, ISMA, PEMBINA, IKRAM, PPIM, PKPIM dan GAMIS masih tetap pendirian akan berganding bahu meneruskan dan menjayakan program tersebut.


semakin banyak media mengambil cakna terhadap program HIMPUN SEJUTA UMMAH ini.masing2 ingin memberikan pandangan, mengulas, membuat kesimpulan awal, menimbulkan isu, dan sebagainya.papepun, teruskanlah dahulu perhimpunan ini.kita lihat kesannya selepas HIMPUN itu.adakah HIMPUN ini mampu menjentik hati2 umat islam supaya sedar akan kebobrokan akidah warga Malaysia.adakah benar2 kuat kristianisasi di Malaysia ini atau lemahnya dakwah islam?perlu disemak dalam diri setiap insan yg bergelar muslim.bersatu dan sentiasa melakukan setiap perbuatan kerana Allah.semoga perjalanan program ini lancar dan memberi kesan yang panjang akan datang.









pesanan kepada mereka yg pergi, jgn hanya berhimpun untuk menyatakan rasa sayang dan cintakan akidah sahaja, tetapi akidah kita selama ini bagaimana?sebarkan rasa berakidah dan rasa kehambaan kepada sang Pencipta.yg penting, solat itu takkan gugur kefarduannya hatta setelah anda berhimpun menyatakan sayang akidah islamiyah.walau di mana anda berada, solat is wajib ok.hehe....


for the last, adakah dengan demo dan berkumpul beramai-ramai, mampu selamatkan akidah?maksudnya ceramah agama kurang relevan dan bukan trend terkini kot.haha...fikir-fikirkanlah.wait and see on saturday ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...