Ahad, 26 Jun 2011

Amende sihir tu?

>SiHiR<
em....klo tengok kt TV,makin kecoh n meletup-letup cite2 bab alam ghaib.cite hantu la, saka la, santau la and macam2 lagi la.kadang2 sampai melampau.bukan aku xsokong cite2 camtu,tapi sekadar utk pendedahan,ok la.alam ghaib de kaitan dengan akidah kita tau.so,hari ni nak cite bab sihir.jom kenali jap.amek la ilmu ni.sekadar pkongsian je.xbanyak,sikit pun jadi la.sebagai amalan dan benteng dari kejahatan syaitan dan manusia.huhu

ahli sihir zaman moden

Pengertian : 
   Sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yg diucapkan atau ditulis sesuatu yg mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh org yg disihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung.

   So,dapatlah disimpulkan bahawa sihir adalah hasil kesepakatan antara penyihir dan syaitan, biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan yg diharamkan atau hal-hal yg mengandungi unsur syirik.

aik,mane maggi yg aku pesan?

Mengenali tukang sihir : 
   Sekiranya anda melihat salah satu tanda dari tanda2 berikut ini pada salah seorg pengubat maka tidak diragui bhawa dia adalah tukang sihir.Tanda2nya ialah

1.Meminta sesuatu yg berupa bekas atau apa yg pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya
2.Menyuruh pesakit membawa haiwan dgn sifat2 tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah.Adakalanya melumurkan darahnya kebahagian tubuh yg sakit ataupun mencampakkan sembelihan ke tempat yg sunyi ( xde penghuni )
3.Memberi azimat2 tertentu
4.Membaca jampi serampah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yg tidak difahami
5.Menggunakan kain yg berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor
6.Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama 40hari.Tanda ini menunjukkan bahawa jin yg melayani tukang sihir tersebut beragama kristian
7.Menyuruh pesakit supaya menghindari org atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yg tidak dimasuki sinar mentari
8.Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah
9.Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap dengannya
10.Dia membaca sesuatu yg tidak difahami
11.Memberitahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya, dan persoalan yg akan ditanyakan
12.Menulis huruf2 pada potongan kertas atau pada tembikar berwarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya



Jenis2 sihir dan pengaruhnya terhadap mangsa dan cara rawatan : 

1.Memisahkan suami isteri dengan sihir
2.Guna2 atau sihir percintaan
3.Memperdayakan pandangan silap mata
4.Sihir yg membuat gila
5.Sihir mbuat orang tidak bermaya
6.Sihir mendengar panggilan
7.Sihir membuat sakit
8.Sihir membuat pendarahan
9.Sihir menahan pernikahan




> Cara rawatan <

Orang y terkena sihir akan menerusi 3 peringkat rawatan : 

Pertama : Sebelum rawatan
1.Mewujudkan suasana yg benar2 sesuai dgn kehendak islam
2.Bersihkan rumah, sebarang azimat atau penangkal yg ada pada pesakit dan bakarlah azimat tersebut
3.Jauhkan rumah dari lagu2 @ alat muzik @ suara muzik
4.Jgn sesekali melakukan perbuatan dosa dan maksiat di rumah itu spt lelaki memakai emas @ wanita membuka aurat @ menghisap rokok
5.Mengajar akidah yg betul kpd pesakit dan keluarganya hingga hati mereka tidak memiliki pergantungan selain daripada Allah
6.Berwuduk sebelum memulai rawatan dan suruh pula orang yg bersama anda mengambil air sembahyang
7.Sekiranya pesakit itu wanita, jgnlah anda memulai rawatan sehingga anda pastikan dia telah menutup auratnya supaya tidak terbuka semasa rawatan
8.Jgn anda mengubati seorg wanita ketika dia dalam keadaan melakukan perlanggaran syariat spt mendedahkan aurat, memakai wangian @ memakai pewarna seperti wanita2 kafir
9.Jgn anda mengubati seorg wanita melainkan ditemani oleh mahramnya
10.Jgn anda masukkan bersama anda org yg bukan mahram
11.Bacalah : 

Kedua : Peringkat rawatan 
Letak tanga anda di atas kepala pesakit dan bacalah ruqyah di telinganya dengan teliti dan suara yg kuat.Kemudian bacalah ayat-ayat berikut yg dikenali "ruqyah tahriqul jin" atau jampi pembakar jin : 
1)Surah Al-Fatihah
2)Surah Al-Baqarah (ayat 1-5)
3)Surah Al-Baqarah (ayat 102)
4)Surah Al-Baqarah (ayat 163-164)
5)Surah Al-Baqarah (ayat 255)
6)Surah Al-Baqarah (ayat 285-286)
7)Surah Ali Imran (ayat 18-19)
8)Surah al-A'raf (ayat 54-56)
9)Surah al-A'raf (ayat 117-122)
10)Surah Yunus (ayat 81-82)
11)Surah Toha (ayat 69)
12)Surah al-Mukminun (ayat 115-118)
13)Surah as-Shoffat (ayat 1-10)
14)Surah al-Ahqof (ayat 29-32)
15)Surah ar-Rahman (ayat 33-36)
16)Surah al Hasyr (ayat 21-24)
17)Surah al-Jin (ayat 1-9)
18)Surah Al-Ikhlas
19)Surah AL-Falaq
20)Surah An-Nas

em....sape men tinggal2 je patung kat sini nih?
Ketiga : Peringkat setelah selesai rawatan 
   Sekiranya Allah SWT telah menyembuhkannya melalui usaha anda dan dia sudah merasa sihat maka pujilah Allah yg telah memperkenankan usaha dan doa anda.Tingkatkanlah pergantungan anda kepada Allah supaya Allah memberikan taufiqNya kepada anda menghadapi keadaan-keadaan yg lainnya.Janganlah sampai perkara tersebut menjadi sebab kesombongan anda.Pada peringkat ini pesakit terancam disebabkan datangnya sihir baru kerana kebanyakan orang yang mengerjakan sihir apabila tahu bahawa pesakit telah pergi kepada salah seorang mua'lij untuk berubat, maka mereka akan kembali lagi kepada tukang sihir untuk menyihirnya lagi.Maka, pesakit hendaklah jangan memberitahu perkara tersebut kepada sesiapapun.Selain itu berilah beberapa benteng diri berikut ini : 
1.Memelihara sembahyang jemaah
2.Menghindari lagu2 dan muzik
3.Mengambil air sembahyang sblm tidur dan membaca ayatul kursi
4.Bacalah basmallah setiap kali memulai sesuatu
5.Sesudah sembahyang subuh bacalah sebanyak 100kali zikir yg berikut.


6.Mestilah membaca al-Quran setiap hari walaupun sedikit atau sekurang2nya mendengarkannya andainya tidak boleh membaca
7.Berkawanlah dgn org2 yg baik
8.Jgn tinggalkan zikir2 waktu pagi dan petang

aku berpandukan kepada buku ni.kene beli la klo nak tau dgn lebih lanjut.hehe
p/s : amalkan beberapa ayat pendinding untuk diri sendiri dan keluarga.selamat beramal :)

2 ulasan:

  1. Terima kasih tuan atas panduan diatas

    BalasPadam
  2. salam tuan tolong bagi panduan bagaimana untuk merawat pesakit yang bermasalah SAKA.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...