Isnin, 13 Jun 2011

KeNaLi 9 JeNiS sYaiTaN


aku la yang sulung.hehehe


Sayyidina Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
 Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

** 10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang,singapore, Beijing &..... 
Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan 
Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.hahaha....

11.Hind*setan
Nie mereka2 yang menonton cerita hisdustan (bollywood), sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan TV, kepala dah keluar tanduk, tak sedar, so jadilah hind*setan.hehe…maaf bukan nak menghina @ menyinggung perasaan mana2 pihak,sekadar ingatan.sebenarnya nak buat ayat delete garisan kat tengah2, tapi tak boleh plak.tak tau pasai apa

12.Santan
Yang ini saja nampaknya, berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.pun begitu,kalau berlebihan boleh menyebabkan kolestrol tinggi.hehe

aku yang bongsu.kalo salah,harap bagi tunjuk ajar ek.huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...