Isnin, 20 Jun 2011

aDa ApA DeNgaN SuRaH AL-IkHLaS??

camne ye asbab an-nuzul surah ini?


haha...nie la surah yang paling fames oleh korg2 sume bawak time solat fardu.pendek kononnya.kadang2 sampai tiap2 rakaat dibaca surah ni.haha...xpe, yg penting solat.ok?hehe...kat sini aku sebagai wakil orang jawa(sejak bile tah jdi wakil jawa.haha....) ingin berkongsi apa-apa yang berkaitan dengan surah ini.

SeBaB-SeBaB TuRuNnYa SuRaH AL-IkHLaS : 
     
     Sebahagian riwayat menerangkan : sebab turunnya surah ini iaitu : ketika Rasulullah SAW sedang dalam perjalanan pindah dari Mekkah ke Madinah, Rasulullah melihat jauh dibelakang seseorg yg sedang mengejar beliau dengan berkenderaan kuda.Disaat itu datang Jibril kepada Rasulullah lalu berkata : Hai Muhammad! Suragah mengejarmu dari belakang dan hendak membunuh engkau, tetapi Allah telah memberitahu kepada bumi agar taat kepadamu.Tidak lama kemudian sampailah Suragah kepada Rasulullah dengan pedang terhunus.Tetapi dengan takdir Allah, Suragah serta kudanya terperosok ke dalam bumi, hingga tak berdaya apa-apa lagi.Rasulullah menoleh ke belakang dan Suragah berkata : "Tolonglah aku wahai Muhammad!aku tidak akan berbuat sesuatu kepada engkau!".Kemudian Rasulullah menarik Suragah dan kudanya dari dalam bumi.Suragah pun selamat, dan ia berkata :"Terangkanlah kepadaku hai Muhammad, tentang Tuhanmu yg mempunyai kekuatan yg besar ini.Adakah ia terdiri dari emas atau perak?".Rasulullah menundukkan kepalanya, termenung sebentar, kemudian turunlah Jibril dan berkata : "Hai Muhammad!Qul hu Allahu ahad!" sampai akhir ayat.

wow...hebatnya surah ini.aku akan beramal dgnnya.hehe


KhaSiaT SuraH AL-IkHLaS : 
1.Abu Sa'id Al-Khanafi menerangkan : surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas, maka barang siapa yang hari kiamatmembacanya dan mengamalkannya dgn hati yg ikhlas maka ia akan dilepaskan kesusahan-kesusahan duniawi, dimudahkan di dlm gelombang sakaratulmaut,dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian 

2.Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan : Rasulullah SAW bersabda : siapa membaca Surah Al-Ikhlas seolah-olah ia membaca sepertiga Quran"

3.Riwayat dari Sayyidina Ali RA : siapa membaca surah AL-ikhlas sebyk 11kali sesudah solat subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya utk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dgn sungguh2 hendak menggodanya pada hari itu.

4.Sayyidah Aisyah menerangkan : Dari nabi Muhammad SAW ,"siapa membaca sesudah selesai sembahyang Jumaat, surah al-Fatihah 7kali, surah ikhlas 7kali, surah al-Falaq 7kali, dan surah an-Naas 7kali, maka Allah akan melindunginya dan kejahatan sampai kehari Jumaat yg akan dtg.

5.Dari Sayyidina Ali RA dari Rasulullah SAW : "siapa hendak musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Ikhlas 11kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali".


>rujukan daripada risalah doa karangan Hj. Dja'far Sabran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...