Isnin, 7 November 2011

title baru : haji najib dan hajjah rosmah

>>BERBEZA.SGT BERBEZA<<

Ahmadinejad antara pemimpin yg sgt aku segani.lihatlah, betapa berjiwa rakyatnya beliau ketika menunaikan haji.alhamdulillah....semoga mendapat haji mabrur.amin.....  :)





TETAPI, bila melihat PM Msia ni, aku rase benci giler la.jauh beno perbezaan dgn pemimpin di atas tadi.sume nak ekslusif.hatta nak wat haji pun nak ekslusif.siap upah 23orang askar escort die.byk cantik.huh!!bajet la die nih.urgh.....!!!!

Jumaat, 4 November 2011

seksualiti merdeka : Malaysia berdosa

video GAY pertama di Malaysia


dosa is dosa, haram is haram
hangat betul isu seksualti merdeka.oh no!!it is a sin you know.aku masih xpaham la.kenapa masih ada yg bergelumang dengan benda2 sejijik ini iaitu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).kecelaruan jantina atau kecelaruan identiti ni?perbuatan ini adalah jelas haram di sisi semua agama terutamanya Islam.aku melihat golongan2 ini seolah2 merosakkan ekosistem kehidupan manusia.sangat cantik Allah sebagai "engineer" mencipta manusia dan seluruh ciptaannya berpasangan2, bagi meneruskan kelangsungan hidup.hatta binatang yg takde akal, pun masih boleh berfikir, perlu mencari pasangan lain jantina. tetapi golongan ini telah mencacatkan fitrah kejadian Allah. maknanya, golongan ini lebih teruk dari binatang.perbuatan ini meruntuhkan ekosistem dan tamadun manusia


hak asasi manusia yg tiada asasnya
demi menyedarkan masyarakat akan kehadiran golongan minoriti ini, satu program ditubuhkan atas nama hak asasi manusia yg berunsurkan seks bebas dan ke arah pesta seks, program "Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Fear" bermula 2 hingga 13 november 2011.ditubuhkan atas dasar hak asasi manusia yg mana dirasmikan oleh peguam merangkap Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.apa sudah jadi dengan Malaysia?satu per satu masalah menerjah ke negara ini.negara apakah ini sampai berani menganjurkan program sebegini rupa yg jelas2nya menjijikkan?mahu meniru seperti negara jiran dan negara barat ke yg mana rakyatnya bangkit mahukan komuniti ini diterima dalam masyarakat?xkan mahu berdiam diri sahaja hingga ada "umat2" ini memohon untuk menghalalkan perkahwinan sejenis?ini perbuatan immoral, songsang.ini bukan memenuhi hak asasi manusia tetapi hak asasi nafsu serakah syaitan.


tidak setuju
bantahan demi bantahan, kecaman demi kecaman diterima oleh pihak penganjur dan juga perasmi program termasuklah daripada pihak kerajaan dan pembangkang.PAS juga selaku parti yg memperjuangkan islam turut mengekam akan program ini. polis juga bersemangat untuk mengharamkan dan menyekat sebegini.tahniah kepada polis kerana menjalankan tugas dengan bagus.anda di pihak yg benar kali ini.juga wakil daripada kerajaan turut menyatakan pandangan yg sama.alasan program ini supaya golongan ini mendapat tempat dikalangan masyarakat.mahukan tempat bagaimana lagi jika "engineer Agung" dah xbenarkan tabiat itu.


langkah berani
aku melihat, hangatnya isu ini setelah kematian seorang lelaki Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz,25 yg berani menukar jantina kepada Aleesha Farhana, turun naik mahkamah bagi mendapatkan kelulusan untuk menukar jantina dan nama di JPN.kematian beliau sakit jantung berpunca daripada kemurungan dan kekecewaan yg serius kerana permohonan beliau ditolak walaupun beliau sudah membuat pembedahan menukar jantina pada tahun 2009.


membenci atau menyanyangi?
kalau orang tanya aku, sejujurnya aku benci giler!! giler2x punya benci.huh!! tapi kekadang hati kecik aku kecian gak kat dorg ni.kena caci maki, dibuang keluarga, tekanan mental, sentiasa tidak tenteram jiwanya dan dibenci masyarakat.dah jiwa die camtu, nak wat cmne lagi kan.cumenya nak xnak kita sebagai daie/pendakwah yg masih lagi normal dan berpegang kepada agama Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan mereka serta menunjukkan jalan yg benar.jalan kembali kepada fitrah manusia yg sebenar.kita swing balik nafsu songsang mereka itu kepada manusia normal seperti orang lain melalui panduan al-quran dan sunnah.perlu juga mereka ini dikasihi dan disayangi.bukan ditindas dan dikecam.di mana mufti, badan NGO islam dan pejuang Islam dari semua pihak?ayuh, bangkitlah dan sebarkan virus penghayatan Islam kepada masyarakat sekeliling agar peratusan LGBT tidak terus meningkat dan mereka terus khayal dengan dunia "najis" itu.orang melayu ni camni lah gerak kerjanya.sudah terhantuk baru terngadah.so, dah sedar ni, jgn nak berdemonstrasi sgt la.bina la modul untuk mereka kembali ke pangkal jalan terutamanya bangsa melayu sendiri.ucap banyak omong kosong


Malaysia nazak
semakin parah keadaan masyarakat Malaysia.dihujani pelbagai masalah.baru2 ini isu murtad, sekarang ini isu seksualiti merdeka.isu suam2 kes buang bayi dan zina.selak fail lama, ada kes sumbang mahram.aduhai, hancur lebur masyarakat aku rupenya.aku memang xleh berdiam diri.kena bertindak walaupun tiada daya dan upaya sangat.aku harap aku bukan sekadar menulis.semoga ada usaha dan gerak kerja dari semasa ke semasa.kemunculan anda sebagai pendakwah amat dinanti.sedarlah, masyarakat kini memerlukan anda.ayuhlah bersama untuk membantu.takbir!!

Khamis, 3 November 2011

auku : bakal ditendang


debaran menanti bahawa AUKU 1971 seksyen 15(5) bakal dimansuhkan?sehingga kini ianya telah dibawa ke parlimen oleh timbalan menteri KPT sendiri dan beliau berpendapat ia perlu dipinda kerana menyalahi dalam bab perkara 10 Perlembagaan persekutuan iaitu memberi hak dan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman tanpa senjata serta membentuk persatuan.kenyataan ini juga disokong oleh ahli akademik, pakar dalam bidang undang-undang iaitu Prof. Aziz Bari,pensyarah UIA

so, aku pun terpiki gak.kenapa kerajaan beriya2 mahu mempertahankan sangat akta AUKU yg seksyen 15(5) tu?ada pape motif yg tersirat ke?jawapan aku, YES!memang ada motif

kita pandang dari sudut ilmiah iaitu sebagai seorang mahasiswa dan juga ahli akademik, mereka bukanlah robot yg mana kerjanya ulang alik pergi kuliah, makan minum, tido, dan esoknya buat perkara yg sama dan seterusnya sekadar memenuhi kekosongan peluang pekerjaan di luar sana.mereka ini perlulah sentiasa cakna isu semasa yg berlaku dan merasai hakikat bersama masyarakat.itu barulah sesi pembelajaran yg betul.ada teori dan ada praktikal.bukan hanya ketika program sahaja.jangan lak jadi seperti katak duduk dalam akuarium yg terbalik, melihat apa yg terjadi tetapi xpaham apa yg berlaku dan xnak amek port dgn apa yg berlaku.lalu terjadinya konsep kehidupan kera sumbang, "ko dgn hidup ko, aku dgn hidup aku". 


golongan ini sedang dididik, digilap, diasuh dan bakal menjadi pengganti kepada perjawatan2 yg ada sekarang ini.maka mereka ini selayaknya mengeluarkan pandangan, menyokong dan menyertai mana2 persatuan hingga layak membentuk kabinet @ parlimen mahasiswa seperti yg pernah dilontarkan idea oleh aktivis promahasiswa.parlimen mahasiswa ini sudah ada di negara2 maju seperti amerika dll.suara mahasiswa perlu didengar, jgn disekat.bila disekat dan terhalang, ia akan jadi suatu pemberontakan dan perselisihan idea yg membawa kepada ketidakpuasan hati kerana cadangan  yg bakal dilontarkan itu adalah suara ahli akademik yg menginginkan perbadanan yg solid.bukan kritikan mahasiswa ini menjengkelkan tetapi kritikan membina.



melihat kpd isu lapuk, iaitu PPSMI.ia cadangan pihak kerajaan dan bila sebahagian rakyat Msia tidak bersetuju dgnnya.bagi suara mahasiswa, turut membantah dan berpendapat agar ia dimansuhkan kerana seolah merendahkan BM itu sendiri dan menjejaskan kualiti pembelajaran SC dan M3.hakikatnya, kerajaan menganggap suara mahasiswa tidak layak malah ditekan habis-habisan.hatta ada juga yg ditangkap dgn alasan yg tidak munasabah.ini isu pendidikan negara bukan isu kepartisan politik!!

kalau benarlah mahasiswa tidak boleh melibatkan diri dalam menyatakan pandangan dan juga menyokong mana2 parti, rakyat Msia mempersoalkan, adakah akta AUKU 1971 menyekat hanya bagi mereka yg menyokong pembangkang semata2?golongan sebegini dikatakan sebagai menggugat kerajaan kerana memberi idea dan menyokong kebenaran.kalau begitu, mengapa tidak ditangkap juga golongan2 yg berkempen atas nama side kerajaan.kalau pembangkang ditangkap kerana kononnya dikatakan sebagai berkempen, geng yg menyokong dan berkempen atas nama kerajaan pun perlu ditangkap.jgn biarkan undang2 yg dibina ini hanya menjaga kedudukan sebelah pihak.STOP memperbodohkan dan budak sekolahkan mahasiswa.

sebagai penutupnya, kita dengan menuju HARI INDAH DALAM DUNIA DEMOKRASI NEGARA DAN UNIVERSITI. sekarang ini.mahasiswa tidak perlu takut dan gentar untuk komen,kritik, memberi cadangan penambahbaikan, dan juga menyokong mana2 parti atas stand jiwa ahli akademik, bukan jiwa ketaksuban parti.ini demi kebaikan bersama.pepatah arab mengatakan, berkatalah benar walaupun ia pahit.junjunglah Islam dan hayatinya.Islam is the best solution.just follow the rules of islam, insyAllah Msia aman damai.sistem Islam itu cantik, tolak tepi sistem barat.

>>didik mahasiswa berkualiti, melahirkan negara berkualiti dan berintegriti<<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...