Khamis, 30 Jun 2011

SamBuTaN IsRa MiKRaJ Kg Aku bersama SeKoR LemBu


Masjid : 
aku : mane lembunya?
die  : la....ko lambat la.dh sembelih pun.
aku : hadoi...lambat lagi.em....xpe la.tolg org lapah je la.
die  : ko tlg aku la.de wak tu nak ekor, ape la
aku : ok...beres.
die  : kita ni duk kg jawa.msti tiru style org jawa.em,org jawa ni klo bleh sume nak makan.4bende je dorg tolak
aku : pe dia?
die  : kuku lembu, tanduk, gigi, mata, and taik.haha...
aku : ganas la org jawa nie.otak, usus, kulit, hati, limpa, paru-paru,xde benda yg dorg xmakan.mmg xnak membazir betul.haha....masyarakat len makan gak ke camtu?
die  : org negeri len baru2 nak blaja makan.de sorg akak ipar aku tuh dari utara, die ketagih.siap beli kulit dari sana and sanggup bawak balik kat kg kita gara-gara nak rasa masakan jawa ko tau.sedap katanya.hidup org jawa.haha
aku : org jawa mmg terer.haha....em,aku heran la.first kg kita ni tumbangkan sekor lembu sbb nak sambut isra mikraj.maju la wei.haha...
die  : murah rezki namanya.wak,sopo sing nempah otak koro "tuuut" lembu ki?arek direbus jugak ke?
wak: dilebokne wae.... ( sahut dari jauh tu )
aku : hish,xpenah aku makan otak.





Di MaLaM hari : 

Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

ustaz    : arini ustaz nak ceramah la pasal isra mikraj.terkejut ustaz dgr, pak imam kate hari ni berjaya tumbangkan sekor lembu sbb nak sambut isra mikraj
hadirin : bagus2x....rezki lebih pak ustaz

gambar hiasan je.tapi mmg ade cramah pn


hehe....aku sbnrnya xingt sgt pun pe yg ustaz tu ckp.byk sgt,xcatit pun.tpi de la ingat ckit2 : 

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

ustaz : ha, tuan2.ni sy nak bgtau ni.bedah batin ni xde spe boleh buat melainkan malaikat je.manusia xboleh buat.sy de sorg kwn,die cite kat sy."ustaz,sy pnh tgk dpn mata ustaz bedah batin ni.die kuarkan batu karang dari perut die.sy xkelip ustaz.sbb tu sy percaya".jawapannya mudah aje.mata die kene sihir.itu je.sihir camni hnya terkena pada org sekeliling aje.org jauh xkene tempias.
aku    : owh...camtu ke?cis,aku ingat wujud.huh!



Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);


ustaz : ha, yg ni pun 1 lgi.bab solat fardu.klo bleh tuan2 kene la rajin2 dtg masjid.benda besar yg Allah nak sampaikan kepada kita melalui peristiwa ini adalah masjid ini sebgai kiblat pertama dan juga solat.tpi bab solat sy nak tekankan.
aku    : ha, cepatlah cite.jgn wat suspen
ustaz : tuan2 klo bleh,jgn la pegi masjid time ada program aje.bukan xbgus cume klo boleh istiqomah la pegi masjid.pepatah melayu kata, " bapak kencing berdiri anak kencing berlari.si cucu plak gabungkan 2-2, kejap berdiri kejap lari.lalu si atuk tanya, knpa kjp benti kjp lari?si cucu jwab, ade tol kat depan".kan susah macam tu.maksud saya, si bapak ni nak pegi msjid bukan ada time2 tertentu.arini die pegi.esok xpegi.pastu anak ni tanya, "bapak,knp smlm pgi tp ari xpegi?".si bapak jwb, "yela,smlm ada cramah.abes cramah ade makan".si anak,"oooo....".lalu smpai ke besar la anak die ikut cara bapaknya.
aku    : nasib bek bukan cam sifat aku.huhu
ustaz : satu lagi, klo mls sgt nk pgi msjid.solat kat umah, boleh aje.tapi solat la awal... de satu dalam hadis nabi, 3amalan yg plg baik antra solat awal.tapi jgn jadi macam sorg kawan sy ni."pak ustaz,sy sllu solat awal.tpi solat tertentu je la".lalu jwb ustaz,"knp mcm tu?".kwn ustaz jwb,"ye la pak ustaz,saya jamakkan skali.time zohor sya solat dh nak dekat asar.abes je salam,lps dgr azan asar,trus bangkit wat asar.sya wat sume ajaran agama dlm 1 masa,ruhsah sy buat,solat fardu pun sy buat.nak cari pahala lebih...".so tuan2,jgn jdi mcm org tdi.
aku  : de jugak org camtu.huhu

tu je aku ingat time die cramah.y len aku dgr xdgr sbb lme sgt.perut dh lapo wei.haha... opss,aku bukan dtg cramah sbb nak makn,tpi lupe mkn ptg.hihi...slmt mngingati isra mikraj,jgn lupe tingkatkan amalan, perbaiki diri dan juga jgn lupe pgi tuisyen akhirat sblm menghadap soklan exam di kubur



maklumat yg aku ingat tapi ceduk org punye la.hehe...yg len2,pandai2 cari sendiri la.huhu...

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...