Rabu, 28 Disember 2011

suara perak memanggilku

jam12.00 malam, jumaat malam sabtu, 23/11/11 satu mesej masuk dalam telefon bimbit, menjemputku ke suatu tempat yang tak pernah terlintas di fikiranku.katanya, "firli, esok pagi jom kita pergi Stadium Perak.ada konsert maher zain.free of charge.makan pun disediakan.amacam?".subhanallah...tak ku sangka, dalam ramai2 insan di UM ini, aku yang terpilih.lalu aku pun menjawab,"ya, aku ikut".lalu, bermula la pengembaraanku ke sana.sangat menyeronokkan.hmm...macam skema ayat aku kali ini.haha

bukan pajero tu yang aku naik.tapi bas sebelah tu.hehe...
program kali ini dinamakan Visit Perak 2012.anjuran kerajaan negeri perak.totally bajet ditanggung oleh YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry, menteri besar perak.untuk mahasiswa IPT seluruh malaysia dijemput umpama vip kerana adanya HIMPUNAN MAHASISWA PERAK besar-besaran.terima kasih MB Perak.semoga Allah murahkan rezeki YB.

PELABURAN MASA HADAPAN
jangkaan aku, jutaan ringgit YB abeskan untuk program kali ini.berbaloi ke?persepsi aku mmg ada udang di sebalik mee.percuma secara total bagi mahasiswa yg datang termasuk pengangkutan, makanan dan tiket.percuma juga tiket kepada semua pengunjung yang hadir.diedarkan bendera Malaysia dan Perak kepada yang hadir sekitar 60 000 orang.Bayaran kepada artis bernama Ramli Sarip, Ifran Makki ( kanada ) dan Maher Zain bersama krew2nya dan back up singer.AC Mizal plak sebagai MC malam tu.Bayaran juga dibuat kepada incharge PA system dan lain-lain lagi yang terlibat.wah...banyakkan? bayangkan berapa juta pelaburan ini.ada benda yang nak dicapai sebenarnya

pertamanya dari sudut politik.bagaimana beliau sebagai MB Perak ingin menunjukkan kebaikannya sepanjang tempoh pemerintahannya.lagi2 dalam tempoh pra PRU13 yg bakal menjelang tidak lama lagi.ini kerana Perak hanya menang tipis di antara kerajaan dan pembangkang.laluan sukar bagi MB jika berdiam diri jikalau tidak bekerja keras.lalu inilah salah satu cara mudah bagi meraih undi simpati daripada rakyat.ini salah satu taktik menaikkan nama dan imej baik kepada masyarakat umum.kan lebih bagus diberi pendidikan percuma atau air percuma.

keduanya, sudut ekonomi insyallah bakal meningkat kerana walaupun jutaan ringgit dibuat, saya yakin ia akan mendapat pulangan pada masa akan datang tetapi bukan pada masa yang terdekat ini.buktinya, ramai peminat Maher Zain dan Irfan Makki dari seluruh negara bertanya lokasi perak sejurus selepas mereka update status berkaitan konsert di Perak.dan juga dipromosikan kepada mereka tentang tempat2 menarik.ini mungkin mampu menarik pelabur dari luar negara datang untuk melabur di Perak sebagaimana strategi yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu antara negeri terkaya di Malaysia.

ketiga, sudut sosial mampu mengharmoni dan meraikan seluruh sifat kesenian rakyat jelata perak. berbagai kesenian tradisional perak yang ditonjolkan di sana yang belum pernah dipertontonkan kepada khalayak umum.perpaduan mungkin dapat disemai tetapi ......... 

keempat, pendidikan pula, secara peribadinya saya tak jumpa perkara2 yang boleh mendidik generasi.tiada satu slot pun yang menerapkan tentang nilai murni.yang ada hanya talk kosong dan bukan berbentuk nasihat daripada MB Perak, gerai jualan dan konsert.

Kelima, proses islamisasi.alhamdulillah.....artis tersebut mampu mengajak semua penonton megucap kalimah suci Allah seperti alhamdulillah, insyallah dan lain2 lagi.tetapi tak kan sekadar malam itu sahaja.MB Perak tak pernah nak ajak rakyatnya ke supaya ikut telunjuk Islam?jgn sekularkan agama dgn dunia.takkan nak ucap perkara agama ikut tempat dan waktu yang sesuai?wah2....terukla camni...

cukuplah tu.panjang dah ni.ini jelah komen aku.suke sgt pikir benda lain dr yang lain.haha...ok la.kita perlulah sentiasa berfikiran berbeza dari orang lain berfikir.Allah ciptakan manusia supaya berfikir bukan menjadi pengikut sepanjang masa :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...