Ahad, 25 Disember 2011

daki dan terus mendaki


wah....dah lama aku nak panjat bukit broga ni.akhirnya, member kampung aku call pada 10/12/11 jumaat malam sabtu.die pun dengan selambanya ajak aku gi mendaki bersama.sebenarnya waktu tu aku tengah latihan palapes.aduh, jem otak aku nak pikir.berada di 2 persimpangan, samada palapes atau bukit broga.

then, aku pun pilih kedua2nya.adil kan?haha....ari sabtu aku g training sambil otak aku pikir ttg bukit broga dan ari ahad aku pilih bukit broga.pergh....kiranya skg ni aku boleh la cite bab panjat2 bukit ni.haha...jam5 pagi aku di kaki bukit dan teruskn pendakian.tak tahu la...kami mendaki dgn berlari dan amek masa 1jam je untuk sampai ke puncak tertinggi.org kata kami cepat sampai.bagi aku, aku rase itu pun dah cukup lama kot.

sampai saja di atas sana, aku lihat bertempiaran tubuh2 manusia dengan pelbagai ragam.ada yg mcam burung, duduk bertenggek dan macam2 lagi la.dan akhirnya kami berehat seterusnya mengucap kalimah, "alhamdulillah".seusai solat subuh, aku menunggu matahari terbit.pergh....baru aku tahu betapa indahnya ciptaan Ilahi ketika itu.sangat indah suasana yang aku lihat.secara realitinya, aku tergamam seketika melihat bumi dari sudut pandangan atas."Subhanallah...!!".zikir yang diucapkan oleh makhluk dan tumbuhan sekeliling seolah2 didengari oleh telingaku.

lalu ramai yang berkata,"wah...cantiknya wajah bumi ini", tetapi tidak ramai yg sandarkan setiap bait2 yg terucap itu kepada Allah SWT.sepatutnya mereka kata,"subhanallah, alangkah indahnya ciptaanMu.tiada daya dan kuasa mampu menandingiMu".ha...bertambah sikit iman kalau cakap camtu.huhu....ni la hasilnya....





akhirnya kami sampai puncak.semmgnya gunung dikejar takkan lari 
dan seterusnya pada 16/11/11 aku mendaki bukit botak di belakang Akademi Pengajian Islam sambil berbaju melayu dan selipar jamban.sebenarnya aku solat subuh di API bersama kos mate aku.tetiba otw blek jumpe plak bdk2 palapes otw gi daki bukit.disebabkan aku telah dipelawa walaupun mlm tu aku tido 1.30minit je, aku pun kuatkan diri kata,"ok,aku join".haha....lagipun, ukhwah benda yang subjektif.siapa sangka dengan mendaki bukti bersama dapat eratkan ukhwah antara kami.haha...




pergh...mantap gak aku ni rupenya.hehe....

bak kata orang, life student antara yang paling best.zaman keghairahan untuk melakukan something juga adalah zaman student.zaman paling bersemangat juga zaman student.so, aku nak manfaatkan zaman student untuk melakukan segala2nya.bak kata Hishamuddin Rais, bekas aktivis mahasiswa UM, pemuda hanya ada dua pilihan.samada hidup normal menyedut udara segar ataupun hidup melakar sejarah.dan aku memilih yang kedua dan untuk itu aku perlu byk bekerja daripada tidur.bangkitlah wahai pemuda.contohilah ikon pemuda, "Sultan Muhammad Al-Fateh".19tahun mampu memimpin ribuan tentera.aku mampu ke arah itu.TAKBIRR!!!

bersama melakar sejarah dengan mengubah Malaysia ke arah negara Islam yg sejahtera

2 ulasan:

  1. untung laa dapat gi daki broga. gi tak ajak~~ haha..

    zaman student memang waktu terbaik nak buat apa yang kita suka. moga ianya terpimpin ke arah yang allah redha. ^^ all the best, skuad! :)

    BalasPadam
  2. aku cube realisasikan dengan praktikalnya sekali. zaman bergerak setelah berhempas pulas berteori :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...