so, aku pun terpiki gak.kenapa kerajaan beriya2 mahu mempertahankan sangat akta AUKU yg seksyen 15(5) tu?ada pape motif yg tersirat ke?jawapan aku, YES!memang ada motif
kita pandang dari sudut ilmiah iaitu sebagai seorang mahasiswa dan juga ahli akademik, mereka bukanlah robot yg mana kerjanya ulang alik pergi kuliah, makan minum, tido, dan esoknya buat perkara yg sama dan seterusnya sekadar memenuhi kekosongan peluang pekerjaan di luar sana.mereka ini perlulah sentiasa cakna isu semasa yg berlaku dan merasai hakikat bersama masyarakat.itu barulah sesi pembelajaran yg betul.ada teori dan ada praktikal.bukan hanya ketika program sahaja.jangan lak jadi seperti katak duduk dalam akuarium yg terbalik, melihat apa yg terjadi tetapi xpaham apa yg berlaku dan xnak amek port dgn apa yg berlaku.lalu terjadinya konsep kehidupan kera sumbang, "ko dgn hidup ko, aku dgn hidup aku".
golongan ini sedang dididik, digilap, diasuh dan bakal menjadi pengganti kepada perjawatan2 yg ada sekarang ini.maka mereka ini selayaknya mengeluarkan pandangan, menyokong dan menyertai mana2 persatuan hingga layak membentuk kabinet @ parlimen mahasiswa seperti yg pernah dilontarkan idea oleh aktivis promahasiswa.parlimen mahasiswa ini sudah ada di negara2 maju seperti amerika dll.suara mahasiswa perlu didengar, jgn disekat.bila disekat dan terhalang, ia akan jadi suatu pemberontakan dan perselisihan idea yg membawa kepada ketidakpuasan hati kerana cadangan yg bakal dilontarkan itu adalah suara ahli akademik yg menginginkan perbadanan yg solid.bukan kritikan mahasiswa ini menjengkelkan tetapi kritikan membina.
melihat kpd isu lapuk, iaitu PPSMI.ia cadangan pihak kerajaan dan bila sebahagian rakyat Msia tidak bersetuju dgnnya.bagi suara mahasiswa, turut membantah dan berpendapat agar ia dimansuhkan kerana seolah merendahkan BM itu sendiri dan menjejaskan kualiti pembelajaran SC dan M3.hakikatnya, kerajaan menganggap suara mahasiswa tidak layak malah ditekan habis-habisan.hatta ada juga yg ditangkap dgn alasan yg tidak munasabah.ini isu pendidikan negara bukan isu kepartisan politik!!
kalau benarlah mahasiswa tidak boleh melibatkan diri dalam menyatakan pandangan dan juga menyokong mana2 parti, rakyat Msia mempersoalkan, adakah akta AUKU 1971 menyekat hanya bagi mereka yg menyokong pembangkang semata2?golongan sebegini dikatakan sebagai menggugat kerajaan kerana memberi idea dan menyokong kebenaran.kalau begitu, mengapa tidak ditangkap juga golongan2 yg berkempen atas nama side kerajaan.kalau pembangkang ditangkap kerana kononnya dikatakan sebagai berkempen, geng yg menyokong dan berkempen atas nama kerajaan pun perlu ditangkap.jgn biarkan undang2 yg dibina ini hanya menjaga kedudukan sebelah pihak.STOP memperbodohkan dan budak sekolahkan mahasiswa.
sebagai penutupnya, kita dengan menuju HARI INDAH DALAM DUNIA DEMOKRASI NEGARA DAN UNIVERSITI. sekarang ini.mahasiswa tidak perlu takut dan gentar untuk komen,kritik, memberi cadangan penambahbaikan, dan juga menyokong mana2 parti atas stand jiwa ahli akademik, bukan jiwa ketaksuban parti.ini demi kebaikan bersama.pepatah arab mengatakan, berkatalah benar walaupun ia pahit.junjunglah Islam dan hayatinya.Islam is the best solution.just follow the rules of islam, insyAllah Msia aman damai.sistem Islam itu cantik, tolak tepi sistem barat.
>>didik mahasiswa berkualiti, melahirkan negara berkualiti dan berintegriti<<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan