Jumaat, 4 November 2011

seksualiti merdeka : Malaysia berdosa

video GAY pertama di Malaysia


dosa is dosa, haram is haram
hangat betul isu seksualti merdeka.oh no!!it is a sin you know.aku masih xpaham la.kenapa masih ada yg bergelumang dengan benda2 sejijik ini iaitu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).kecelaruan jantina atau kecelaruan identiti ni?perbuatan ini adalah jelas haram di sisi semua agama terutamanya Islam.aku melihat golongan2 ini seolah2 merosakkan ekosistem kehidupan manusia.sangat cantik Allah sebagai "engineer" mencipta manusia dan seluruh ciptaannya berpasangan2, bagi meneruskan kelangsungan hidup.hatta binatang yg takde akal, pun masih boleh berfikir, perlu mencari pasangan lain jantina. tetapi golongan ini telah mencacatkan fitrah kejadian Allah. maknanya, golongan ini lebih teruk dari binatang.perbuatan ini meruntuhkan ekosistem dan tamadun manusia


hak asasi manusia yg tiada asasnya
demi menyedarkan masyarakat akan kehadiran golongan minoriti ini, satu program ditubuhkan atas nama hak asasi manusia yg berunsurkan seks bebas dan ke arah pesta seks, program "Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Fear" bermula 2 hingga 13 november 2011.ditubuhkan atas dasar hak asasi manusia yg mana dirasmikan oleh peguam merangkap Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.apa sudah jadi dengan Malaysia?satu per satu masalah menerjah ke negara ini.negara apakah ini sampai berani menganjurkan program sebegini rupa yg jelas2nya menjijikkan?mahu meniru seperti negara jiran dan negara barat ke yg mana rakyatnya bangkit mahukan komuniti ini diterima dalam masyarakat?xkan mahu berdiam diri sahaja hingga ada "umat2" ini memohon untuk menghalalkan perkahwinan sejenis?ini perbuatan immoral, songsang.ini bukan memenuhi hak asasi manusia tetapi hak asasi nafsu serakah syaitan.


tidak setuju
bantahan demi bantahan, kecaman demi kecaman diterima oleh pihak penganjur dan juga perasmi program termasuklah daripada pihak kerajaan dan pembangkang.PAS juga selaku parti yg memperjuangkan islam turut mengekam akan program ini. polis juga bersemangat untuk mengharamkan dan menyekat sebegini.tahniah kepada polis kerana menjalankan tugas dengan bagus.anda di pihak yg benar kali ini.juga wakil daripada kerajaan turut menyatakan pandangan yg sama.alasan program ini supaya golongan ini mendapat tempat dikalangan masyarakat.mahukan tempat bagaimana lagi jika "engineer Agung" dah xbenarkan tabiat itu.


langkah berani
aku melihat, hangatnya isu ini setelah kematian seorang lelaki Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz,25 yg berani menukar jantina kepada Aleesha Farhana, turun naik mahkamah bagi mendapatkan kelulusan untuk menukar jantina dan nama di JPN.kematian beliau sakit jantung berpunca daripada kemurungan dan kekecewaan yg serius kerana permohonan beliau ditolak walaupun beliau sudah membuat pembedahan menukar jantina pada tahun 2009.


membenci atau menyanyangi?
kalau orang tanya aku, sejujurnya aku benci giler!! giler2x punya benci.huh!! tapi kekadang hati kecik aku kecian gak kat dorg ni.kena caci maki, dibuang keluarga, tekanan mental, sentiasa tidak tenteram jiwanya dan dibenci masyarakat.dah jiwa die camtu, nak wat cmne lagi kan.cumenya nak xnak kita sebagai daie/pendakwah yg masih lagi normal dan berpegang kepada agama Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan mereka serta menunjukkan jalan yg benar.jalan kembali kepada fitrah manusia yg sebenar.kita swing balik nafsu songsang mereka itu kepada manusia normal seperti orang lain melalui panduan al-quran dan sunnah.perlu juga mereka ini dikasihi dan disayangi.bukan ditindas dan dikecam.di mana mufti, badan NGO islam dan pejuang Islam dari semua pihak?ayuh, bangkitlah dan sebarkan virus penghayatan Islam kepada masyarakat sekeliling agar peratusan LGBT tidak terus meningkat dan mereka terus khayal dengan dunia "najis" itu.orang melayu ni camni lah gerak kerjanya.sudah terhantuk baru terngadah.so, dah sedar ni, jgn nak berdemonstrasi sgt la.bina la modul untuk mereka kembali ke pangkal jalan terutamanya bangsa melayu sendiri.ucap banyak omong kosong


Malaysia nazak
semakin parah keadaan masyarakat Malaysia.dihujani pelbagai masalah.baru2 ini isu murtad, sekarang ini isu seksualiti merdeka.isu suam2 kes buang bayi dan zina.selak fail lama, ada kes sumbang mahram.aduhai, hancur lebur masyarakat aku rupenya.aku memang xleh berdiam diri.kena bertindak walaupun tiada daya dan upaya sangat.aku harap aku bukan sekadar menulis.semoga ada usaha dan gerak kerja dari semasa ke semasa.kemunculan anda sebagai pendakwah amat dinanti.sedarlah, masyarakat kini memerlukan anda.ayuhlah bersama untuk membantu.takbir!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...