Khamis, 15 September 2011

dakwah : hiduplah bersama mereka



penah tgk cite kat atas tu?tajuknya ohhh harammm 2011.kene tengok tau.klaka and best gak la.huhu...yes,pada zaman global ini janganlah kita terlalu jumud dan beku otak.jgn sesekali kita kecilkan skop dakwah.janganlah memilih bulu dalam berdakwah kerana ISLAM FOR ALL.tak gitu?janganlah segan berpakaian sunnah, berkata benar, bertegur sapa dan sebagainya la.jgn sesekali bergaul dgn orang yg lbh krg kita je.kne la bergaul dgn sume orang, xkira la orang tu hensem ke tak hensem ke, cantik ke xcantik ke, miskin ke kaya ke, lelaki ke pompuan ke, yg penting mesti menjaga batas pergaulan.dalam masa yg sama, tunjukkan kepada orang ramai identiti kita sebagai orang islam.kan mudah je.islam ajar kita untuk bersosial, jgn jadi kera sumbang. islam menuntut kita untuk bersatu padu, jgn berpecah belah. islam menuntut kita tuk saling berkasih sayang, jgn bermusuh-musuhan.juga islam mengajar kita untuk meringankan beban orang lain dgn bersedekah.jgn la terlalu sayang sgt dgn harta kerna harta yg disimpan xde manfaat pun.


pe yg aku nak cakap sebenarnya adalah kita sebagai seorang daie/pendakwah perlulah semakin giat menyeru manusia sekeliling ke arah kehidupan berlandaskan islam.bagaimana cara nak seru?dalam firman Allah,surah an-nahl ayat 125 ((Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik)).so,hikmah/bijaksana yg camne plak tu?semestinya la ada level/cara/marhalah tertentu.ada caranya....senang je


dalam satu karya mustafa masyhur, dakwah fardiah : die menggariskan bahawa dalam dakwah ini ada ada 7marhalah.jgn la nak mandai2 skip 1 pun peringkat ini kerana ditakuti xberkesan.hehe...


1.mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan ma'du atau orang yg didakwah itu.
2.membangunkan iman yg lesu di jiwa madu.melakukan perbincangan tentang keimanan dan kebesaran Allah secara xlangsung.
3.membantu memperbaiki dirinya dengan cara mengajar perkara2 ketaatan kepada Allah dan ibadah2 fardu, membiasakan dirinya melakukannya secara berdisiplin, menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak Islam
4.menjelaskan pengertian ibadah yg syumul tanpa membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan : makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, riadhah/sukan, memelihara anak2 dan lain2.itu semua adalah ibadah kepada Allah SWT.
5.menjelaskan kepada ma'du bahawa agama Islam tidak cukup dengan kita sahaja yg muslim, sekadar melakukan ibadah wajib tetapi mahukan keseluruhannya islam.termasuklah sistem kehidupan, pemerintahan, perundangan, negara, jihad dan ummah.
6.menjelaskan kpd ma'du bahawa kewajiban menegakkan negara islam seterusnya mengembalikan khilafah islamiyah sememangnya tidak mampu melakukan seorang diri tetapi usaha tersebut mestilah dilakukan melalu satu organisasi/team/jemaah yg sistematik dan tersusun.
7.lastly, menjawab persoalan yg bermain di minda ma'du, organisasi/team/jemaah manakah yg patut dianggotainya?marhalah ini adalah penting tetapi sensitif.ia memerlukan hikmah dan kebijaksanaan, penerangan yg jitu dan memuaskan.ini kerana, terlalu banyak organisasi/team/jemaah yg bergerak dan semuanya mengajak para pemuda menganggotainya.masing2 membawa bendera islam.




KISAH AKU DISEBALIK KERJA DI PREMIS INI



aku ada satu kisah,berlaku ke atas diri ini.ramai dah orang mengomel dan bising kat aku.nape keje kat kedai runcit moden speedmart99 tempat yg sememangnya terang2an jual arak, babi, kondom?kan haram and dosa besar.ko nak termasuk dalam 10 golongan yg dilaknat kerana arak ke?aku memang mati akal dan xde 1pun hujah nak lawan.salah or tak, dosa or tak, haram or halal, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang tahu.biarlah orang nak cakap ape.aku keje ada tujuan dan misi, kerana aku nak tengok dan lihat sendiri bagaimana kehidupan manusia di luar sana, dalam kehidupan kerja dorang, adakah masih lagi menunaikan hak Allah ketika kerja?kalau mereka yg bergelar islam tpi tersesat, sape yg nak beri tunjuk ajar?


perlulah diingat, dakwah ini bukan perkara hanya sehari dua.sedangkan nabi pun berdakwah setiap masa tanpa mengira penat dan lelah.so, pertama-tamanya dalam berdakwah perlulah mencuri hatinya dahulu, membina hubungan, menjadi rakan karib, teman akrab, dan jgn sesekali sebut apa yg kita nak sampaikan.cam kita rapat dengan mak ayah kita la.klo dah rapat and meletakkan kepercayaan kepada orang itu, apa yg dia cakap sume kita akan terima dgn hati terbuka.samalah cam yg kat tempat aku kerja tu.bukanlah duit gaji yang aku idamkan, tapi hubungan ukhwah yg cuba aku nak bina atas dasar islam.islam yg aku cube nak sebarkan kepada golongan2 yg kita terlepas pandang.semoga apa yg aku lakukan ini dipandang di sisi Allah.aku memohon dan berharap sangat.amin~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...