12-12-12 : tarikh bersejarah.ianya baru sahaja bermula
dalam kehidupan, secara adatnya masing2 ada sejarah dan peristiwa penting dalam hidup. sejarah itu terjadi dengan peristiwa yang jarang berlaku dan perlu diingat kerana ada nilai disebalik sejarah yang dilakarkan itu. maka, bagi aku, hari ini merupakan salah satu sejarah yang perlu dikenang dan aku sendiri cuba untuk melakarkan sejarah.
matlamat kita jelas, menyebarkan islam di serata dunia dengan menyebarkan islam secara berkasih sayang. Berpencaklah dengan identiti islam hatta di mana sahaja bumi dipijak
Pepatah atau kata-kata hikmah dalam bahasa Inggeris ada menyebut, "A Journey Of A Thousand Miles Begin With One Step" iaitu Perjalanan yang seribu batu jauhnya bermula dengan selangkah. Maka, tindakan inilah yang cuba aku buat dan amalkan dalam kehidupan seharian demi mencapai matlamat yang aku dukung selama ini.besar jangkaan dan matlamat yang ingin aku capai dalam kehidupan ini, terutamanya ketika mana aku terjun dalam kehidupan "kedua" aku iaitu dalam palapes. Kata-kata pensyarah jabatan sejarah dan tamadun islam, APIUM, Ustaz Faizal ada menyebut, "kesilapan adalah satu perkara yang wajib dilakukan oleh seorang manusia dan melalui kesilapanlah kita dapat belajar sesuatu ilmu. kenapa nak takut dengan kesilapan dan mengapa kita tidak berbangga dengan kesilapan yang kita lakukan? Sedangkan jika berlaku satu2 kesilapan, bermakna kita sedang bergerak mencari sesuatu kebenaran berbanding orang yang tidak melakukan apa-apa (berdiam diri dan berlagak sebagai pemerhati)".Secara psikologinya adalah, orang yang melakukan kesilapan ini adalah orang sangat berani dan mempunyai "jiwa muda". Maka, apa beza kesalahan dan kesilapan??ha, pikilah sendiri.haha..
Sebenarnya, siapa yang menyangka bahawa Palapeslah satu2nya tempat untuk mengajar erti kehidupan. siapa yang tidak mengambil manfaat daripada kehidupan ini, maka dia adalah daripada golongan orang2 yang rugi. Rugi sebab apa?? palapes dapat marah, dapat caci maki, sabotaj, dipulau, hidup tertekan dan sebagainya?? untung ape, kalo orang yang tak masuk palapes, hidup aman bahagia. Positif la sikit....inilah kehidupan sebenar.sepatutnya semua perasaan kita perlu rasa. inilah sunnah kehidupan dan juga inilah apa yang Baginda Rasulullah SAW rasa dan lalui sampai tahap baginda diburu untuk dibunuh. Kita??style askar, proses pembelajaran dan teguran adalah, punishment, marah dan tengking. ada orang nak bunuh after that??xde kan...so, relax sudah. RSM Tentera Darat pernah berpesan, "untung hidup dalam askar, kerana sume perasaan kita akan rasa. rasa sedih, suka, duka, kecewa, bimbang, disabotaj, dipulau, dibodek, dipuji dan lain2.golongan mane lagi yang rasa selain daripada kita.beruntung kita...haha...". Selepas mendapat semua perasaan itu, apakah sepatotnya respon kita dan bagaimana kita menangani emosi kita yang selalu terumbang ambing ini. So, inilah namanya latihan mengawal emosi. agak2nya, ini latihan teori ke praktikal??berfikri la sejenak ye.hehe...
"Dalam surah al-ankabut:ayat 2" : Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah
beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Hotspot Friendship in Palapes
Bab inilah yang paling aku lemah untuk huraikan kerana senang untuk dibicarakan tetapi susah dalam pelaksanaannya. Perkara asas dalam Usrah, jemaah atau hidup berorganisasi ada 3 iaitu taaruf, tafahum dan takaful.macam mana nak ukur? mudah sahaja, bagaimana penterjemahan kita kepada 3 perkara asas tadi sama sekadar retorika atau sebaliknya. Digariskan oleh As-syahid hassan Al-banna bahawa "serendah-rendah martabat ukhuwah ialah apabila kamu berlapang dada terhadap saudaramu (bersangka baik) dan setinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri"
Terlalu banyak kenangan yang tidak dapat aku lupakan dan beberapa "eksperimen" telah aku laksanakan bagi mencapai kesatuan ukhuwah islamiyah yang jitu dari kalangan kami. responnya adalah : Ada yang menjadi dan ada yang tidak. Ada yang memberontak dan ada yang diam membatu. Ada yang terbeban dan ada yang gembira. Normal la, it is eksperimen...aku bukan nabi yang mengetahui mana jalan yang terbaik untuk setiap insan itu tetapi kita mampu belajar dari kesilapan lalu. sekurang2nya berani mencuba dan rajin bertanya.betol x? apepun jangan disalahguna istilah, atas dasar nak bercintan cintun, tapi guna istilah ukhuwah islamiyah. kalo aku jumpa, Sorry to say, aku akan bagi "hadiah istimewa" awal2.haha...
sejarah tetap sejarah, dan masa lampau tetap menjadi perkara yang sudah berlaku. maka, sebagai seorang hamba Allah yang mampu berfikir, ambillah satu ikhtibar dan pengajaran. dan kadangkala, kenangan itu mampu membuat kita tersenyum sendiri walaupun pada dahulunya kita melaluinya dalam keadaan yang sangat perit dan pedih. Member aku berkata, "dalam satu2 kenangan, biarlah gambar yang berbicara". sebagai penutup pada hari yang aku iktiraf sebagai sejarah penting, aku nak wat pengumuman, ini adalah roll call terakhir untuk PALAPES UM dan hari BELIA DAN MAHASISWA anjuran kerajaan negeri selangor.ayuh bersatu demi islam dan berani menyatakan kebenaran.teruskan me"nyah"kan kezaliman dari muka bumi ini. TAKBIR!!!