Ahad, 23 Oktober 2011

HIMPUN, hala tuju selepas ini?




perhimpunan "HIMPUN 1juta Ummah,Selamatkan AKIDAH" mendapat liputan luas daripada media tempatan dan juga media antarabangsa.diadakan pada tarikh keramat 22oktober 2011, bermula 2.00petang hingga 6.00petang.seramai 7 pemidato tampil ke hadapan menyatakan cinta kepada akidah islam dan sebagai wakil suara rakyat Malaysia.




Tindakan selepas ini?

banyak sebab musabab diadakan perhimpunan MEGA sebegini antaranya kisah Natrah, Lina Joy dan lain-lain.yang menjadi persoalannya adalah, apa gerak kerja dan pelaksanaan seterusnya untuk selamatkan akidah?mahukan HIMPUN ke2 ke?salah seorang pemidato berlatarbelakangkan seorang paderi yg kini telah masuk islam, memberi cadangan untuk menukar akta dalam perlembagaan bahawa memansuhkan bahawa bila mencapai umur 18tahun ke atas, bebas membuat pilihan beragama.ini adalah demi menjaga kesucian Islam.tiada ada paksaan dalam agama Islam adalah merujuk kepada orang yg bukan Islam.tetapi apabila orang islam itu sendiri murtad, berdosa besar dan hukumannya sangat keras.beliau juga memohon supaya ahli parlimen dan wakil rakyat yang hadir di sana mencadangkan supaya meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah ditempat yg paling tinggi dan perlembagaan negara di bawahnya.bukan seperti sekarang ini, mengagungkan perlembagaan negara lebih daripada kitab Allah dan hadis Nabi.kuasa ada, tapi tak gunakan sebaik mungkin.sepuluh kali berhimpun, kalau xde keinginan untuk jaga kesucian islam, pun tak guna gak.


Kontroversi?

Banyak banner yang tergantung di sekitar stadium.antaranya adalah "Melayu Sepakat Islam Berdaulat".heran gak, kenapa hanya dikhususkan Melayu sahaja?bukankah Islam untuk Semua,tak kira la bangsa apa pun. keduanya, terdapat risalah asing yang masuk dan diedarkan kepada orang ramai.muka hadapan ada lambang salib.aku perasan gak,tapi aku xdapat plak.di dalamnya diceritakan isu serbuan gereja oleh jais di DUMC,yg dikatakan dalangnya adalah Daniel Ho, isteri dan individu lain.Ketiga, hampir-hampir menimbulkan persepsi buruk dan seolah-olah mendiskriminasikan agama lain apabila dibuat perhimpunan seperti ini.agama selain daripada islam seolah dikecam dan ditekan.hari ini HIMPUN umat islam.esok lusa tetiba ada HIMPUN kristian, buddha and hindu plak.sape tau?haha....semoga Allah menjaga ISLAM dan Malaysia yg tercinta ini.ayat salah seorang pemidato yang diulang dua kali adalah jgn pula orang islam bersikap "bertolak ansur", lama-lama islam ditolak "beransur-ansur".


Konklusi

cukupkah untuk selamatkan akidah dengan hanya berhimpun seramai mungkin?sebarkanlah virus rasa kehambaan dan rasa berakidah kepada Allah kepada masyarakat sekeliling.jgn disimpan kefahaman Islam seorang diri.untuk menuju Khilafah Islamiyah, mulakanlah dengan langkah pertama iaitu membentuk peribadi muslim sejati dahulu.selesai tahap ini, baru boleh berbincang yang lebih jauh lagi.amin.....



media antarabangsa BBC NEWS
kalau benar anda sayang Islam dan Akidah, buktikan dan zahirkan dalam kehidupan seharian.jgn cakap tapi xbuat.larikan diri anda daripada sistem dunia dan dekatkan diri kepada sistem Allah.takbir!!

5 ulasan:

  1. great. alhamdulillah.

    "sebarkanlah virus rasa kehambaan dan rasa berakidah kepada Allah kepada masyarakat sekeliling ... larikan diri anda daripada sistem dunia dan dekatkan diri kepada sistem Allah." -- ayat keramat. :)

    BalasPadam
  2. keramat sgt ke ayat tu?haha...aku terikut2 rentak penulisan ko kot.copy paste ilmu ko je sbnrnya.hehe

    BalasPadam
  3. kenapa ngan rentak penulisan aku pulak?? tak faham. hee.. btw, ayat keramat sebab ayat tu best and maksud mendalam.. lagi 1 sebab aku suka ayat2 macam tu..

    BalasPadam
  4. haha....ko ni.rajin memuji nih.apepun, tq la sbb sudi luangkn mse tuk bca post aku yg xsberapa nih.haha...bile bosan aku akn update.hehe...

    BalasPadam
  5. update lah sokmo.. aku ni dah jadi macam katak bawah tempurung tak tahu mende. so, ade post cam ni aku eager laa nak tahu. heee.. [bad habit] tak seberapa laa sangat kann~ ni baru baca blog. kalau dengar live dari mulut, agaknya aku tak sedar dah kot hari dah malam.. huhuhu.. [ayat over]

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...